Selasa, 2 Jun 2009

LONTONG


Assalamualkum, salam sejahtera dan mudah mudahan semuanya selamat dan sihat walhafiat,saya doakan kepada semua pengunjung mari masuk dapor sentiasa didalam keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Pada kesempatan ini saya saya ingin memulakan tugasan yang sangat lama tertangguh iaitu sebagai chef di alam maya. Saya kira walaupun saya telah tinggalkan laman yang saya cintai ini tidak semestinya saya melupainya, kerana saya masih lagi mencari idea serta resepi yang baik untuk anda. Atau resepi yang luarbiasa untuk anda semua. Walau apapun pada pertemuan ini saya ingin memaparkan satu resepi yang sangat menarik untuk anda dan saya berkongsi masakan. Ok baru baru ini saya telah ke restoran lama saya itu di Taman Sri Gombak. Namanya Restoran Takwa.

Sejarahyna restoran ini di buka pada tahun 1990. Saya pada itu mengandung anak yang ke 5. Namanya Salman al Farisi, dalam tempoh awal mengandung hinggalah masa saya saat mahu bersalin saya sarapan dan minum petang di restoran ini dengan santapan yang sangat meyelarakan iaitu 2 keping roti telur dan teh tarik. Kalau satu hari dua kali saya ulang maka saya makan 4 keping roti telur dan dua gelas teh tarik.

Dan pada hari ini anak yang bernama Salman boleh makan beberapa keping roti dengan berselera sekali. Dan selepas saya bersalin saya sudah tidak berselera lagi makan sebanyak itu. Yang saya mahu paparkan kali ini ialah di restoran takwa ini sudah ada menu baru iaitu LONTONG. Rasanya sangat sedap... ok ini resepinya



LONTONG

Bahan untuk kuah
Santan 1 kelapa - RM 2
Bahan untuk tumisan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 btg serai

Bahan rencahnya
Udang basah RM 2
Sedikit kobis
sedikit lobak merah
2 kpg tahu goreng (belah ikut suka anda)
1 keping tempe (potong potong dan goreng)
2 biji kentang
1 ikat kacang panjang
1 peket fucuk dan soon di rendam harganya RM 1.50
1 biji cili merah
Garam secukup rasa
serbok kunyit

  1. Tumislah bahan tumisan dengan sedikit minyak sehingga naik baunya dan garing sedikit
  2. Masukan santan yang telah di tambah dengan 3 cawan air dan bila santan sudah sedikit mengelegak masukan kunyit,kobis, kacang panjang, soon, fucuk, serbok kunyit dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian sekali masukan garam secukup rasa, cili merah. Masaklah hingga megelegak
  4. Hidanglah
  5. Sedap di makan dengan lontong yang di bungkus dengan daun.

Ok esok saya mahu bawa anda masuk dapur dengan resepi roti nan ghalid