Pada 1 -3 hb Mei 09 ni saya mahu bawa anda semua ke Kg Merbau, Maran Phg. Ikut saya ke HARI KELURGA BERSAMA KAUM PERIBUMI. Di antara aktiviti utama selain dari forum bicara Ad Deen bersama Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, anda juga mendengar kepetahan bicara dari perunding Motivasi Hj Muhammad Zakaria yang akan bercakap pasal murtad. Forum akan di pengerusikan oleh Ustaz Mahatdir Saharuddin dari Radio IKIMfm . Selain pada tu ada persembahan amal dari bapak angkat orang asli kg Merbau iaitu Kumpulan RAIHAN. Saya juga akan membawa seramai 65 orang pelajar dari kalangan anak belia orang asli dari berbagai kaum yg di datang khas dari PERTAMA.Terima kasih Ustaz Razi & Ustazah Soba sentiasa meyokong program saya.
Saya juga telah meyusun satu program yg di nanti nantikan oleh para peserta HARI KELUARGA BERSAMA iaitu PESTA BAKAR LEMANG. Sebelum kita bakar lemang kita lihat dulu resepi, buat anaknda di Jakarta tu belajar buat lemang, takut dapat pasangan orang palestin yang suka makan melayu seperti lemang
Bahanya
Sediakan buluh yang sederhana besar 20 batang, basuh dulu dan toskan airnya
5 kilo beras pulut
8 biji kelapa (ambil santanya)
Garam secukup rasa
Foto : Masak lemang masa hariraya tahun lepas. OK rasa sedap....
Caranya
- Beras pulut di basuh dan rendam selama 2 jam kemudian toskan airnya
- Daun lerek atau daun pisang di masukan kedalam buluh mengikut bulatan buluh, lebihkan sikit hujung untuk di tutup bila telah masak nanti
- Sediakan santan pekat (jangan terlallu pekat) masukan garam ikut rasa
- Masukan beras pulut ke dalam buluh. Jangan terlalu penuh tinggalkan sekitar tiga inci dan tuangkan santan
- Bakarlah pada api sederhana, kalau santan kering masukan sikit lagi dan hentaklah untuk memadatkan isi didalamnya. Bakar sekitar 3 atau 4 jam