Khamis, 24 Oktober 2013

MASAK

Saya sedang menyipakan sebuah buku resepi,kira kira ada 360 jenis resepi tempatan dan juga luarnegara.Maksud saya luar negara tu bukan resepi dari menu hotel  dari cerok dapor rumah orang susah.Jommm bersama saya pada setiap hari nikmati makanan yg sedap.

RUSUK KAMBING PANGGANG
Bahan-bahan:
5 kilo rusuk kambing ( 2 kilo kalau guna lamb chop)
7 ulas bawang putih *
3 inci halia *
2 batang serai *
(Bahan-bahan yang bertanda * dikisar kering)
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar gula perang (brown sugar)
2 sudu besar minyak masak
Cara menyediakan:
  1. Potong tulang rusuk, cuci bersih dan rebus dengan garam dalam 30 minit, angkat & toskan.
  2. Untuk pastikan bahan rata di seluruh tulang rusuh, gunakan bekas tupperware yang besar & bertutup.
  3. Masukkan tulang rusuk & bahan di atas ke dalam tupperware, gaul serba sedikit dan tutup tupperware dan goncang-goncangkan tupperware  untuk pastikan bahan & tulang rusuk sebati.
  4. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Minimum masa perapan adalah 5 jam.
  5. Boleh panggang di atas bara api yng sederhana. Tak perlu pangang lama-lama sbb
  6. Kepada yang alergi makan kambing boleh ganti dengan ayam atau lembu.


0 ulasan:

Catat Ulasan