Isnin, 1 November 2010

MASAKAN MISI KEMANUSIAAN

Saya rasa sudah terlalu lama tidak masuk kedapor, mesti ada yang kata saya ni masak "hangat hangat tahi ayam" tak ape, mulai esok saya akan cuba sedaya upaya untuk masuk ke "Dapor Rusnah" kalau boleh setiap hari dengan membawa resepi misi kemanusiaan yang orang tidak terfikir resepi itu adalah makanan orang yang susah susah.Saya harap resepi yang saya paparkan ini akan membantu saya untuk terus berkarya didalam bidang yang saya minati.

Isnin, 22 Februari 2010

Parape

Foto : Sedap,rasanya manis dan sangat meyelerakan.

Makassar selain terkenal dengan pantainya yang indah dan mengasyikan, tapi bagi saya Makassar adalah satu tempat "santapan" kepada pengemar makanan seperti saya ni.

Tidak rugi anda ke Makassar. Makanan yang paling sedap ialah IKAN - fresh. Rasanya kalau pergi Makassar susah nak balik kerana teringat IKAN BAKAR yg sangat sedap dan manis rasanya sebab ikanya dari laut terus kebara api.Saya bawa resepi ini dari Makassar dan semua orang boleh buat,senang, mudah tapi ingat ye mesti yg baru. Kalau ikan lama tak sedap

Parape

1 Ekorkerapu,bawal atau tenggiri itu 1/2 kilo,bersihkan dan tosklan

Bahan bahanya

7 Ulas bawang merah - di lumatkan
3 Ulas bawang putih - di lumatkan
Garam secukup rasa
5 Ulas buah keras - dilumatkan
Beberapa biji cabe -di lumatkan

Caranya
1 Lomorkan garam dan lada pada ikan dan goreng sampai garing
2 Angkat dan toskan minyaknya
3 Tumis bahan bahan yg telah di hiris tadi sehingga harum baunya dan tambahkan segelas air dan masaklah sehingga airnya surut setengah, tuangkan bahan yang di tumis tadi keatas ikan.

Ahad, 21 Februari 2010

COTO MAKASSAR


Sangat lama saya tidak masuk dapor,bukan malas tapi sedikit sibuk. Tak ape lepas ni saya akan cuba masuk dapor setiap hari bagi mnenyajikan masakan buat anda semua. Saya ni baru balik dari Makassar jadi rasanya tidak lengkap kalau saya tidak bawa buah tangan buat tatapan anda semua ye.

COTO MAKASSAR


1/2 Kilo daging lembu/kerbau di rebus dulu

Bahan bahanya
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu teh ketumber
3 btg serai di titik hujungnya
1 inci lengkuas
1 inci halia
Daun limau purut 3 helai
Daun Salam
sedikit kacang tanah di goreng dan di tumbuk
garam secukup rasa dan lada

Cara caranya
1 Tumis semua bahan bahan yd di sebut diatas tadi
2 Isi garam secukup rasa dan lada ( di potong)
3 Tambahkan 3 liter air,kecilkan api sehingga mengelegek
4 Angkat dan hidang kedalm mangkuk dan tabur bawang goreng dan dagingnya di isi sewaktu menghidang.

Isnin, 16 November 2009

Maaf

Saya minta maaf banyak banyak kerana tidak dapat nak updatekan blog masak ni.Insyallah saya usahakan yang terbaik.

Isnin, 14 September 2009

AYAM PANGGANG BERSANTAN


Foto : Masa saya ke Kota Dumai sempat saya rakamkan makanan yang menjadi kegemaran orang orang di dua negara ini. Ayam Panggang dan Ikan Panggang

Saya minta maaf banyak banyak sekiranya ada yang menanti resepi dari saya. Pada bulan ramadan ini kesuibukan saya makin bertambah dan kadang kala itu mahu mengisi ruang resepi pun menjadi tidak terisi. Walau apa pun saya tidak akan menghampa harapan anda semua. OK untuk menyambut lebaran ini apa kata kita tambah menu di meja kita dengan resepi Ayam Panggang Bersantan

Bahan bahannya
1 ekor ayam
1 bungkus perasa ayam
3 sudu besar marjerin
2 gelas santan pekat ( 1 biji kelapa)

Untuk rempahnya
6 sudu buah keras yang di kisar halus kalau di indonesia di panggil kemiri
1 sudu besar ketumbar
1 inci halia
1 inci kunyit
Garam secukup rasa

Caranya
1 Tumiskan rempah dengan majerin hinggalah naik baunya, tuangkan santan dan kacau hingga rata dan sampai mendidih. Masukan perasa ayam dan kacaulah santan hingga kering sedikit
2 Panggang ayam hingga berwarna coklet, angkat dan lumurkan dengan santan tadi.
3 Sangat sedap di makan di waktu panas.

Rabu, 26 Ogos 2009

MI GORENG BASAH

Foto : Mi Goreng Basah


Mi goreng basah ini sangat sedap kalau betul masaknya.Tapi kalau masak cincai cincai aje maka akan rasa pahitlah, masinlah dan bau kaporlah dan rasanya tak meyelerakan. Ok apa kata kalau kita masuk dapur hari ini dengan membuat mi goreng basah yang rasanya enak.

Bahan bahanya
1/2 kilo mi kuning
300 gram isi ayam (kalau boleh ambil dadanya)
200 gram udang
200 gram sotong
sedikit kobis
sedikit sawi
3 ulas bawang putih - di titik sahaja
3 sudu cili boh
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
100 ml stok daging
minyak untuk menumis
Sedikit serbok perasa.

Caranya senang aje
1 Panskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih,cili boh sehingga naik baunya
2 Masukan mi, ayam,udang,sotong,sos tiram,kicap,sawi dan kobis,stok daging dan masukan sedikit air untuk memberi kelembapan pada mi tersebut.
3 Masukan garam dan sedikit serbok perasa, dan gorenglah hingga rata dan angkat

Kalau petang ni belum ada menu, cuba masak mi goreng basah ini sebagai hidangan utama untuk berbuka.

Untuk hari esok saya nak beri anda resepi yang sedap dan enak dan sesuai untuk berbuka iaitu Mertabak Acheh

Isnin, 24 Ogos 2009

ASAM PEDAS IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Foto : Di Tepi Sungai Pahang.
Bermacam macam jenis ikan terdapat di dalamnya termasuklah ikan patin. Inilah khazanah negeri Pahang.


Saya berasal dari Negeri Pahang. Sebuah negeri yang sangat kaya dengan hutan belantara yg belum di usik lagi dan Sungai Pahang adalah sungai yang sangat cantik, indah dan kebersihanya memang terjaga. Di samping itu di Negeri Pahang juga sangat terkenal dengan masakan yang enak enak dan masih lagi kekal dengan warisan dulu dulu. Antara masakan yang menjadi kegemaran saya ialah asam pedas ikan patin. Saya pun boleh memasaknya, tapi kalau saya masak tak sesedap arwah tok saya masak, kalau dia masak hirup kuahnya dah cukup nikmat dan saya pun tak tau apa rahsianya. Kata orang dulu dulu kalau orang pandai masak ni sebab dia ada aura "air tangan" anda jangan buat main kalau kita tak pandai masak ni, campurlah apa pun akhirnya orang makan tekak rasa loya. Ok lah celoteh panjang panjang ni tak elok bulan ramadan ni oklah kita masuk dapor untuk cuba masak asam pedas ikan patin masak tempoyak.


Foto : Asam Pedas Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan bahanya

1 Ekor ikan patin (Beli yang kat Sg Pahang, ikan patin sangkar pun tak ape)
ikan siang dulu dan perap dulu dengan asam jawa/limau nipis nak buang baunya)
1 inci kunyit hidup di tumbuk halus
15 biji cili api di tumbuk lumat
3 keping asam keping
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
2 sudu makan tempoyak
1 biji timun cina di potong dadu
garam secukup rasa
sedikit garam

Cara caranya.

1 Ikan di bersihkan selepas di perap dengan asam jawa tadi
2 Sediakan periuk dan isi air ikut rasa banyak yang kuah anda mahu
3 Masukan lada yg di tumbuk, kunyit dan tempoyak, asam keping dan biarkan mengelegak seketika dan masukan garam ikut rasa
4 Masukan ikan patin, daun kesum,bunga kantan dan timun. Rasa dan kalau rasa pedas masukan gula sedikit.

Sedap rasanya di makan dengan nasi panas.