Rabu, 25 Februari 2009

ROTI CANAI & KUAH DAL


Roti Canai

Roti canai adalah sejenis makanan yg sudah sebati dengan selera orang Malaysia,tidak kiralah apa bangsa pun samada India,melayu atau china .Saya makan roti canai ini pada setiap pagi dan petang termasuk kesemua anak anak saya.Selalunya roti canai ini di cicah dengan kuah dal atau kuah kari kambing ada juga orang makan cicah dengan susu atau gula.Itu pun sedap juga.
Setiap kali saya ke gerai atau restoran yg meyediakan roti canai, perkara pertama yang akan saya lihat ialah tukang buatnya, kalau mamak rotinya pasti sedap.

Perkataan canai juga diambil dari tempat yang terdapat di India iaitu Chennai,India, Pada zaman dulu,waktu ramai rakyaat India datang ke Malaysia ramai yang berasal dari daerah Chennai. Sebab itulah roti yang di buat oleh orang India ini di panggil “canai”.Sekarang roti canai ini sangat popular. Produk roti canai ini sudah ada yang segera Banyak terdapat di pasaraya,malah roti pratha pun sama juga dengan roti canai.


Bahan-bahan
  • ½ Kilo tepung gandum
  • 1 camca garam
  • 1 camca gula halus
  • 2 biji telur, dipukul hingga kembang sikit
  • 2 sudu besar susu segar
  • ½ cawan air
  • 4camb minyak
  • 4 camb minyak sapi

Penyediaan
Gaulkan dan uli tepung dengan telur, susu dan tuang air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 15 min hingga licin dan lembut. Bahagikan 8 bebola. Sebesar telur ayam. Asingkan dan lumurkan dengan minyak sapi Tutup dengan tuala lembab, biar 6 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh. Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Catitan
  • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dipotong.
  • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
  • Kuah Dal
  • Selama dua hari saya belajar membuat kuah dal menolong mamak memasak.Kayu buat ikut resepi yang asal mungkin rasanya tidak sesedap resepi yang telah saya ubahsuai apabial melihat sendiri cara mereka memasak.
Kuah Dal
  • 100g kacang dal
  • 4 cawan air.
  • 1/4 sudu makan kunyit
  • 1 biji bawang besar -dipotong potong
  • 1 biji carrot
  • 1 biji terung hijau bulat - dipotong potong
  • 1 biji tomato- dipotong baji
  • 2 cili besar hijau - dipotong
  • ½ cawan santan atau susu lembu
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit perahan asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 bj. lada kering (dipotong potong)
  • 3 bj bawang merah - dipotong halus
  • 3 bj bawang putih - dipotong halus.

Cara-cara:

1.Kacang dal di rebus dengan 4 cawan air ,masukan kunyit,masaklah hingga ianya mendidih dan lembut.Kemudian masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.

2. Masukkan santan atau susu lembu serta garam. Tambah air asam jawa. Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api dan masukan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.

Selasa, 24 Februari 2009

Mi Udang

Saya sudah lama tidak masok dapor,bukan apa saya menjelajah dari satu daerah ke satu daerah untuk mencari pengalaman baru dalam hidup ini "kepuasan"dalam istilah lain,biar tidak ada duit tapi hati bahagia,org mencipta bahagia ini dengan berbagai cara dan kaedah,tapi kebahagiaan yang sebenarnya terletak di hati bukan pada wajah yg cantik,duit yg banyak atau harta mengunung,yang pentingnya kebahagiaan itu milik hati dan ianya merupakan harga sebuah kasih sayang . Mahal kasih sayang dan kebahagiaan hati itu tidak boleh di pisahkan ibarat "irama dan lagu"dan terlalu indah untuk di terjemahkan.Duit tidak ada,tidak mengapa asalkan hati bahagia,susah tidak mengapa asalkan hidup bahagia di dalam limpahan kurnia Illahi dan RahmatNya serta dalam kasih sayang Allah.
OK lah dalam kita berbicara pasal bahagia ini kita akan ke dapor sebentar untuk menjengok apa masakan yang baru,hari ini kita akan masak MI UDANG,saya dan keluarga sering makan mi udang ini di salah sebuah kedai China Muslim yang terletak di Kajang,saya menjadi pelanggan tetapnya sudah tujuh tahun,di Restoranya ada meyediakan sarapan pagi nasi lemak kampong,tengahari pula nasi ayam original resepi masakan china,kalau lambat datang tak dapat makan dan mi udang,manakala sebelah petang pula roti bakar dengan kopi O,roti bakarnya sangat sedap dan rangup sebab jemnya buatan sendiri.Semua tukang masaknya adalah di kalangan ahli keluarganya sahaja dan mereka ini adalah china Islam dan yang memasaknya adalah tauke kedai itu sendiri,dalam seminggu itu pasti empat atau lima kali saya akan mengunjugi restoranya.Nama Restoranya "Champion" terletak di Kajang.

MI UDANG
1 kg mi kuning (celur)
1/2 kt udang
9 tangkai cili kering - kisar
1 biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih - kisar
sedikit belacan -kisar
3 sudu sos
2 sudu sos tomato
1/2 sudu gula pasir
Garam secukup rasa

Lain lain bahan
3 btg sawi
50 sen taugeh
Daun bawang
Daun sop
2 keping tahu lembut di goreng dan di potong ikut suka hati
7 biji cili merah
5 biji cili kering
limau kasturi
Bawang goreng

Meyediakanya
1. Rebus udang,toskan airnya
2. Kepala udang di kopek dan di kisar,gunakan air rebusan tadi dan masukan kepala udang yg telah di kisar tadi
3. Tumiskan bahan yg di kisar tadi ,apabila telah naik baunya masukan air rebusan udang tadi dan perlahankan api
4. Masukan sos cili,sos tomato,garam dan gula
5. Akhir sekali masukan mi,taugeh,hirisan tahu,sawi,daun sup serta daun bawang kedalam mangkuk dan hiaslah dengan 2 atau 3 ekor udang serta telur rebus dan tuangkan kuah rebusan udang kedalam mangkuk tersebut dan letakan belahan limau kasturi.
Untuk hari esok kita masok dapor dengan membuat "roti chanai" kuah dal,India mari...gandinganya teh tarik susu lembu kurang manis.

Khamis, 19 Februari 2009

Nasi Lemak, dan Sambal Petai

Nasi Lemak
1 1/2 Cawan beras (Basuh bersih bersih)
3 Cawan santan
1 Helai daun pandan (di simpul)
Garam secukup rasa
Setengah gemgam beras pulut
1 Ulas bawang kecil di hiris

Cara Membuat Nasi lemak
Bersihkan beras dan campur dengan beras pulut,rendam 10 mint,kemudian masukan santan,garam,hirisan bawang dan daun pandan.Biarkan nasi mendidih dan perlahan apinya sehingga nasi kering dan kacau supaya santanya rata dan perlahan api dan tunggu 10 minit sebelum membuka tutup periuk untuk di hidang.

Sambal Tumis Petai
1 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih di tumbuk
1 cawan santan cair
lada kering di kisar
Sedikit belacan
1/2 in lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
2 camca minyak masak
2 papan petai yg sudah tua

Bahan Menghias
2 biji telur rebus ( di rebus dan belah 4)
2 cam besar ikan bilis
1/4 timun

Caranya
Pijarkan minyak dan goreng ikan bilis hingga sedikit garing,angkat dan saringkan minyaknya, tumiskan bawang putih dan masukan lada kering yang di kisar tadi,kemudian masukan lengkuas,buah pala dan masukan santan kacau dan perlahan api.Kemudian masukan belacan,garam,gula melaka,air asam jawa dan masukan ikan bilis goreng dan petai akhir sekali masukan bawang besar. Dan masaklah hingga naik minyak,angkat dan hidanglah bersama dengan nasi lemak

Untuk tambahan
Telur rebus,hirisan timun dan kacang tanah goreng.






Jumaat, 6 Februari 2009

Masak Lemak Umbut

Umbut adalah sejenis sayur yang terdapat di dalam batang pokok bayan,pokok kelapa,pokok kelapa sawit dan juga pokok pisang.Umbut ini selalunya di buat sayur untuk majlis kenduri kendara di kampung kampung terutamanya,malah jika teringin nak makan sayur umbut selalunya di pekan sehari ada di jual umbut umbut ini .Umbut ini mempunyai rasa yang berlainan .Kalau umbut bayan pokoknya terdapat di dalam hutan dan untuk mengambilnya agak sukar ,maka tuan rumah akan mengupah orang untuk menebang pokok bayan untuk mengambil umbut tersebut.Manakala umbut pokok kepada sawit dan umbut pokok kelapa jika di buat sayur rasanya lebih kurang sama saja.OKlah marilah kita masuk dapor untuk memasak "Masak Lemak Umbut"

Masak Lemak Umbut.
Bahan Bahanya
1 mangkuk umbut di hiris dan rendam dgn air
Bawang kecil di hiris
Sedikit Ikan bilis
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Daun kunyit
Lada merah di hiris

Umbut dan santan cair,ikan bilis,hirisan bawang di masukan kedalam periuk dan jerang diatas dapor,kacau sehingga mengelegak.Masukan santan pekat,garam,daun kunyit & hirisan lada merah dan kacau lagi sehinggalah masak dan sedia untuk di hidang.

Mengoreng Ikan Kerisi
Mengoreng ikan memanglah senang dan mudah,begitu juga meyiangnya.Sebenarnya setiap anak perempuan remaja harus pandai meyiang ikan,jangan insang tidak buang,ekor tidak potong dan kalau mahu di goreng ikan perlu di kelar dan kalau darat seperti haruan siripnya dan sisiknya mesti di buang.Ikan kerisi ini mempunyai sisik yang tebal dan tulang sangat keras,untuk mengoreng ikan ini mestilah di kelar dulu.

Ikan kerisi Goreng
Bahanya
2 ekor ikan kerisi yg sedang -Siang dan kelar
3 ulas bawang putih
Garam
Kunyit kampung

Caranya
Bawang putih,garam dan kunyit kampung di tumbuk lumat dan gaul serta perap selama 15 minit dan goreng.Ok sedap rasanya ikan kerisi goreng ini.

Sambal Tempoyak

15 biji lada kampung
Garam
2 sudu tempoyak

Caranya
Lada dan garam ditumbuk (Jangan sampai lumat)
Masukan tempoyak dan gaul

Esok resepi mari masuk dapor Sambal Tumis Petai,Nasi Lemak dan goreng tempe.

Rabu, 4 Februari 2009

Masak Lemak Cili Api

Hari ini mari kita masuk dapor dengan meyediakan satu menu yang sangat femus di Negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Api. Saya pun pandai masak lemak cili api ni pun belajar dari mak mertua, mak ini adalah waris yang pandai memasakan masakan tradisional negeri sembilan dan melaka dan masakan yang di masak oleh mak semuanya sedap sedap dan kalau makan akan teringat sampai bila bila.

Mak pandai masak kuih wajik yang tidak basi atau berkulat sampai berbulan bulan dan bermacam macam lagi, insyallah saya akan bawa masakan mak dalam mari masok dapor.OK lah kali ini kita sama sama masak lemak cili api;

Bahan Bahannya:
  • 1 ekor ayam di potong 18 atau 20
  • 15 biji cili api
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 inci kunyit kampung
  • 3 ulas bawang kecil
  • 3 batang serai di titik hujungnya
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa
Caranya:
  1. Ayam di basuh bersih bersih dan buang lemaknya, cili api, kunyit dan bawang kecil di tumbuk lumat.
  2. Gaulkan ayam dan bahan yang di tumbuk lumat tadi dan jerang diatas dapor dengan api yang sederhana dan biarkan sampai air ayam itu kering sedikit serta naik baunya.
  3. Dan masukan santan cair dan masaklah hingga mengelegak kemudian masukan serai, garam dan kerisik.
  4. Biar mengelegak lagi kemudian baru dimasukan santan pekat dan kacau selalu jangan sampai santanya berketul ketul dan biarkan mereneh diatas dapur sehingga kuahnya pekat sedikit.
Info dari mak

Untuk lebih berselera makan nasi maka mak akan sediakan jeruk buah binjai dengan sambal garam lada campur ikan bilis. Waah mesti makan nasi akan bertambah tambah dan jangan lupa ulam pegaga dan minunanya dengan teh o kosong, calang sahaja (jangan di isi gula), mesti berpeluh lepas makan.

Dan esok kita akan masuk dapor dengan resepi yang sangat mudah untuk di masak iaitu masak lemak umbut, goreng ikan kerisi dan sambal tempoyak

Isnin, 2 Februari 2009

Kerabu Nangka

Assalamualikum,hari ini mari kita masuk dapor cuba resepi yang namanya Kerabu Nangka

Kerabu Nangka

Bahan bahanya
Beberapa hiris nangka muda (bijinya masih putih)direbus hingga lembut dan di potong potong.
1 ekor ikan kembong yang masih segar
direbus dan diambil isinya serta ditumbuk lumat.
1 biji kelapa di parut
,
Sedikit kelapa di parut dan di buat kerisik
3btg serai(di hiris halus )
1 inci lengkuas (di hiris)

3 ulas bawang merah(dihiris)

Sedikit air limau nipis

Sedikit garam & gula

Cara caranya

Serai,lengkuas,bawang merah yg di hiris tadi ditumbuk lumat,campurkan semua bahan yg ditumbuk tadi dengan kerisek kedalam bekas,kemudian masukan santan dan gaul hingga sebati.Nangka yang telah dipotong tadi di campurkan kedalam kedalam bahan bahan digaul tadi dan masukan garam,gula sesedap rasa dan gaul sehinggalah mesra.


Sambal Kelapa (Nyiur)

Lada kecil 9 ulas , sedikit garam dan 3 sudu besar kelapa parut dan perahan air limau

Cara caranya
Masukan lada dan garam tumbuk hingga lumat dan
akhir sekali
masukan kelapa parut dan tumbuk jangan terlalu lumat.Setelah itu angkat dan masukan kedalam piring dan masukan air perahan limau.

Dan esok saya akan hidangkan anda dengan masakan datang dari Negeri Sembilan,iaitu resepi dari ibu mentua saya "masak lemak cili api' sedap mari esok kita masok dapor