Rabu, 25 Februari 2009

ROTI CANAI & KUAH DAL


Roti Canai

Roti canai adalah sejenis makanan yg sudah sebati dengan selera orang Malaysia,tidak kiralah apa bangsa pun samada India,melayu atau china .Saya makan roti canai ini pada setiap pagi dan petang termasuk kesemua anak anak saya.Selalunya roti canai ini di cicah dengan kuah dal atau kuah kari kambing ada juga orang makan cicah dengan susu atau gula.Itu pun sedap juga.
Setiap kali saya ke gerai atau restoran yg meyediakan roti canai, perkara pertama yang akan saya lihat ialah tukang buatnya, kalau mamak rotinya pasti sedap.

Perkataan canai juga diambil dari tempat yang terdapat di India iaitu Chennai,India, Pada zaman dulu,waktu ramai rakyaat India datang ke Malaysia ramai yang berasal dari daerah Chennai. Sebab itulah roti yang di buat oleh orang India ini di panggil “canai”.Sekarang roti canai ini sangat popular. Produk roti canai ini sudah ada yang segera Banyak terdapat di pasaraya,malah roti pratha pun sama juga dengan roti canai.


Bahan-bahan
  • ½ Kilo tepung gandum
  • 1 camca garam
  • 1 camca gula halus
  • 2 biji telur, dipukul hingga kembang sikit
  • 2 sudu besar susu segar
  • ½ cawan air
  • 4camb minyak
  • 4 camb minyak sapi

Penyediaan
Gaulkan dan uli tepung dengan telur, susu dan tuang air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 15 min hingga licin dan lembut. Bahagikan 8 bebola. Sebesar telur ayam. Asingkan dan lumurkan dengan minyak sapi Tutup dengan tuala lembab, biar 6 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh. Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Catitan
  • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dipotong.
  • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
  • Kuah Dal
  • Selama dua hari saya belajar membuat kuah dal menolong mamak memasak.Kayu buat ikut resepi yang asal mungkin rasanya tidak sesedap resepi yang telah saya ubahsuai apabial melihat sendiri cara mereka memasak.
Kuah Dal
  • 100g kacang dal
  • 4 cawan air.
  • 1/4 sudu makan kunyit
  • 1 biji bawang besar -dipotong potong
  • 1 biji carrot
  • 1 biji terung hijau bulat - dipotong potong
  • 1 biji tomato- dipotong baji
  • 2 cili besar hijau - dipotong
  • ½ cawan santan atau susu lembu
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit perahan asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 bj. lada kering (dipotong potong)
  • 3 bj bawang merah - dipotong halus
  • 3 bj bawang putih - dipotong halus.

Cara-cara:

1.Kacang dal di rebus dengan 4 cawan air ,masukan kunyit,masaklah hingga ianya mendidih dan lembut.Kemudian masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.

2. Masukkan santan atau susu lembu serta garam. Tambah air asam jawa. Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api dan masukan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.

2 ulasan:

Kak Noor berkata...

Semalam saya cuba masak resepi ini. Saya cuma tambah rempah dalca, jintan manis dan jintan putih semasa merebus dal ini. Rasanya memang sedap, seperti kuah dal roti canai yang selalu kita beli kat kedai mamak. Kak Noor mohon kongsi resepi ini dalam blog Kak Noor dengan sedikit olahan ye. Kunjungilah dapur Kak Noor pulak.

Zainurul Haffiza berkata...

TQ SHARE RESIPI...

Catat Ulasan