Rabu, 4 Februari 2009

Masak Lemak Cili Api

Hari ini mari kita masuk dapor dengan meyediakan satu menu yang sangat femus di Negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Api. Saya pun pandai masak lemak cili api ni pun belajar dari mak mertua, mak ini adalah waris yang pandai memasakan masakan tradisional negeri sembilan dan melaka dan masakan yang di masak oleh mak semuanya sedap sedap dan kalau makan akan teringat sampai bila bila.

Mak pandai masak kuih wajik yang tidak basi atau berkulat sampai berbulan bulan dan bermacam macam lagi, insyallah saya akan bawa masakan mak dalam mari masok dapor.OK lah kali ini kita sama sama masak lemak cili api;

Bahan Bahannya:
  • 1 ekor ayam di potong 18 atau 20
  • 15 biji cili api
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 inci kunyit kampung
  • 3 ulas bawang kecil
  • 3 batang serai di titik hujungnya
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa
Caranya:
  1. Ayam di basuh bersih bersih dan buang lemaknya, cili api, kunyit dan bawang kecil di tumbuk lumat.
  2. Gaulkan ayam dan bahan yang di tumbuk lumat tadi dan jerang diatas dapor dengan api yang sederhana dan biarkan sampai air ayam itu kering sedikit serta naik baunya.
  3. Dan masukan santan cair dan masaklah hingga mengelegak kemudian masukan serai, garam dan kerisik.
  4. Biar mengelegak lagi kemudian baru dimasukan santan pekat dan kacau selalu jangan sampai santanya berketul ketul dan biarkan mereneh diatas dapur sehingga kuahnya pekat sedikit.
Info dari mak

Untuk lebih berselera makan nasi maka mak akan sediakan jeruk buah binjai dengan sambal garam lada campur ikan bilis. Waah mesti makan nasi akan bertambah tambah dan jangan lupa ulam pegaga dan minunanya dengan teh o kosong, calang sahaja (jangan di isi gula), mesti berpeluh lepas makan.

Dan esok kita akan masuk dapor dengan resepi yang sangat mudah untuk di masak iaitu masak lemak umbut, goreng ikan kerisi dan sambal tempoyak

0 ulasan:

Catat Ulasan