Rabu, 26 Ogos 2009

MI GORENG BASAH

Foto : Mi Goreng Basah


Mi goreng basah ini sangat sedap kalau betul masaknya.Tapi kalau masak cincai cincai aje maka akan rasa pahitlah, masinlah dan bau kaporlah dan rasanya tak meyelerakan. Ok apa kata kalau kita masuk dapur hari ini dengan membuat mi goreng basah yang rasanya enak.

Bahan bahanya
1/2 kilo mi kuning
300 gram isi ayam (kalau boleh ambil dadanya)
200 gram udang
200 gram sotong
sedikit kobis
sedikit sawi
3 ulas bawang putih - di titik sahaja
3 sudu cili boh
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
100 ml stok daging
minyak untuk menumis
Sedikit serbok perasa.

Caranya senang aje
1 Panskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih,cili boh sehingga naik baunya
2 Masukan mi, ayam,udang,sotong,sos tiram,kicap,sawi dan kobis,stok daging dan masukan sedikit air untuk memberi kelembapan pada mi tersebut.
3 Masukan garam dan sedikit serbok perasa, dan gorenglah hingga rata dan angkat

Kalau petang ni belum ada menu, cuba masak mi goreng basah ini sebagai hidangan utama untuk berbuka.

Untuk hari esok saya nak beri anda resepi yang sedap dan enak dan sesuai untuk berbuka iaitu Mertabak Acheh

Isnin, 24 Ogos 2009

ASAM PEDAS IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Foto : Di Tepi Sungai Pahang.
Bermacam macam jenis ikan terdapat di dalamnya termasuklah ikan patin. Inilah khazanah negeri Pahang.


Saya berasal dari Negeri Pahang. Sebuah negeri yang sangat kaya dengan hutan belantara yg belum di usik lagi dan Sungai Pahang adalah sungai yang sangat cantik, indah dan kebersihanya memang terjaga. Di samping itu di Negeri Pahang juga sangat terkenal dengan masakan yang enak enak dan masih lagi kekal dengan warisan dulu dulu. Antara masakan yang menjadi kegemaran saya ialah asam pedas ikan patin. Saya pun boleh memasaknya, tapi kalau saya masak tak sesedap arwah tok saya masak, kalau dia masak hirup kuahnya dah cukup nikmat dan saya pun tak tau apa rahsianya. Kata orang dulu dulu kalau orang pandai masak ni sebab dia ada aura "air tangan" anda jangan buat main kalau kita tak pandai masak ni, campurlah apa pun akhirnya orang makan tekak rasa loya. Ok lah celoteh panjang panjang ni tak elok bulan ramadan ni oklah kita masuk dapor untuk cuba masak asam pedas ikan patin masak tempoyak.


Foto : Asam Pedas Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan bahanya

1 Ekor ikan patin (Beli yang kat Sg Pahang, ikan patin sangkar pun tak ape)
ikan siang dulu dan perap dulu dengan asam jawa/limau nipis nak buang baunya)
1 inci kunyit hidup di tumbuk halus
15 biji cili api di tumbuk lumat
3 keping asam keping
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
2 sudu makan tempoyak
1 biji timun cina di potong dadu
garam secukup rasa
sedikit garam

Cara caranya.

1 Ikan di bersihkan selepas di perap dengan asam jawa tadi
2 Sediakan periuk dan isi air ikut rasa banyak yang kuah anda mahu
3 Masukan lada yg di tumbuk, kunyit dan tempoyak, asam keping dan biarkan mengelegak seketika dan masukan garam ikut rasa
4 Masukan ikan patin, daun kesum,bunga kantan dan timun. Rasa dan kalau rasa pedas masukan gula sedikit.

Sedap rasanya di makan dengan nasi panas.

Ahad, 23 Ogos 2009

kue teow sup


Kue Teow Sup ini adalah menu berbuka kami hari semalam. Menu untuk berbuka kadang kadang di buat secara spontan, iaitu apa bahan yang ada didalam peti sejuk itu yang di masak. Kerana bagi saya masak ni adalah ikut pandai aje bukan kemahiran, kerana saya bukan chef. Maknaya masak apa yang saya pandai ajelah. Untuk menu berbuka saya buat pengat labu,keow teow sup, samosa dan popia.

Kue Teow Sup

1/2 Kili kuew teow di celur
1/4 kilo ayam / daging di potong ikkut suka hati dan direbus untuk buat supnya
7 ekor udang besar
10 biji bebola ikan
3 biji bawang putih
Sedikit halia
Garam secukup rasa
Sedikit udang kering
2 keping tahu - di goreng dulu.
Daun kucai - untuk hiasan
sedikit gula
Minyak untuk mengoreng

Untuk sambalnya
7 biji cili api
1 sudu teh lada hitan
sedikit garam
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili

1 Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga naik baunya
2 Tuangkan air rebusan ayam tadi, biarkan hingga mengelagak kemudian masukan udang dan ayam serta bebola ikan dan rasa garamnya serta isi sedikit gula. Dan titiskan beberapa titis minyak bijan

Cara hidang mudah aje
Masukan mee dalam mangkuk dan isi daun kucai di atasnya dan tuangkan kuahnya dan jangan lupakan letakan sambalnya. Sungguh sedap dan sangat meyelerakan

Sabtu, 22 Ogos 2009

MI KARI

Foto : Mi Kari


Untuk santapan berbuka petang ini mari kita fikirkan satu hidangan yang enak ye. Kalau anda belum ada idea apa kata ikut cadangan dari saya ni iaitu Mi Kari,Kuih lopis, agar agar jagung. Manakala air pula iaitu air cincau, teh O dan kalau minat teh tarik tu boleh juga di hidangkan, dan jangan lupa kurma ye.

Untuk itu kita cuba masak mi kari

1 kg mi kuning di celur terlebih dulu dgn air panas
1/4 ayam ekor di potong sederhana kecil
1/4 kilo taugeh
1/2 kilo kerang di rebus dan ambil isinya
1/4 sawi
2 btg fishcake
10 biji bebola ikan
1 biji kelapa / RM 1.50 santan
2 kuntum bunga lawang
2 keping asam keping

Bahan yg di tumbuk

3 Ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sm halia

Caranya mudah aje

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik baunya, kemudian masukan ayam dan gaul lah sehingga sebati. Masukan santan sedikit demi sedikit dan biarkan mendidih seketika. Masukan asam keping, dan akhir sekali masukan kerang,fishcake, garam secukup rasa dan masukan sawi dan taugeh sebelum angkat.

Cara untuk menghidang tu masukan mi dalam mangkuk dan curahkan kuahnya dan jangan lupa bawang goreng dan sedikit daun sup jika suka. Selamat mencuba.

Jumaat, 21 Ogos 2009

GULAI LABU

Sahur malam ni eloklah kalau kita hidang keluarga dengan makanan ala kampong. Iaitu telur goreng, gulai labu, ikan selar kuning goreng dan sup sayur. Air pula iaitu teh o limau dan jangan lupa makan buah kurma dan sesudu madu lebah untuk menambah tenaga pada esok hari

Gulai Labu

1 Biji labu tua (di buang kulit dan perutnya, kemudian potonglah ikut suka hati)
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
7 ulas cili api
sedikit lada hitan
3 btg serai ( di titik saja)
sedikit serbuk kunyit/ kalau kunyit hidup lagi bagus
1 sudu makan udang kering
santan secukupnya ( 1 biji kelapa)

Caranya mudah aje
1 Bawang kecil, bawang merah, cili api, lada hitam dan udang kering di tumbuk hingga lumat.
2 Labu dan santan di campurkan dan jerang atas dapor kemudian masukan ramuan yang di tumbuk tadi dan kacau, lepas tu masukan serbuk kunyit (agak agaklah ye) dan masukan serai. Kacau hingga mengelegak dan last sekali masukan garam ikut rasa. Senang aje, Selamat mencuba.

Saya tak sempat lagi nak ambil gambar gulai labu, insyaAllah saya letakan gambarnya tak lama lagi.