Rabu, 24 November 2010

NASI ARAB NOTA CINTA AL IRANI (Maqlubah)


Bahan-Bahan

1/2 kg daging atau 1 ekor ayam
4 cawan beras yang baik, kalau boleh biarlah beras siam
1 in halia
3 sudu jintan putih ditumbuk hingga halus
1 camm biji lada hitam ditumbuk halus
5 sudu marjerin
Sedikit garam & gula
Sedikit Asam jawa
1/2 kg buah tomato dipotong nipis
12 ulas bawang merah ditumbuk
7 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya senang aje
1) daging / ayam di potong
2)Gaulkan daging dengan serbuk jintan putih, halia, lada hitam dan 1/2 bawang
merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
3)Perap sayam/ daging selama lebih kurang 1/2jam.
4)Tumis 1/2 bawang merah dan bawang putih selebihnya dengan minyak masak
yang dicampur dengan marjerin beberapa minit sehingga nampak kekuningan.
Masukkan daging yang diperap dan gaulkan dan masakkan selama lebih kurang 20
minit dengan api yang kecil.

Periuk ditutup rapat.

Cara masak Nasi

1)basuh beras dan keringkan mengunakan tapis
2)Goreng setengah cawan beras tadi dalam sedikit minyak sehingga kekuningan
dalam api yg kecil. Masukkan bakiberas yang dikeringkan tadi dan gaulkan
bersama beras yg telah kekuningan untuk 5 minit.
3) Masukkan daging yang di masak kedalam beras yg digoreng ke dalam periuk dan
digaul. Masukkan air secukupnya serta masukkan garam secukup rasa dan
masakkan sehingga menjadi nasi. Sebolehnya dengan api yg sederhana.

Tomato
1) tomato yang dipotong nipi-nipis digaul dengan air asam jawa secukup rasa.
Jika anda sukakan masam lebihkan sedikit asam jawa tu.
2)Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
tomato ini di letakan di atas nasi untuk dimakan dengan nasi tadi.


Ahad, 14 November 2010

MASAK LOMAK PUCUK UBI SAKINAH


Hari ini Sakinah balik umah, cuti nak raya...Sakinah sekarang dah pandai masak, macam macam resepi baru dia buat...ialah anak mak lah katakan. Hari ini masak special sikit iaitu masak lemak pucuk ubi.Berpeluh peluh orang kat umah makan.

Ini resepinya

Bahan-bahan

Secekak pucuk ubi kayu

Garam, gula secukup rasa

1 keping asam keping

1 biji kelapa dijadikan santan

1 Cam ikan bilis / udang basah

Bahan yang di tumbuk

5 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

10 biji cili api (ikut citarasa anda)

kunyit sebesar ibu jari /1 camt serbuk kunyit

Caranya

1. Pucuk ubi pisahkan antara batang dan daunya (jangan masuk batangnya pulak),lepas tu potong ikut sukahatilah macamana pun dan lepas tu uli dengan sedikit garam untuk mengeluarkan air pahitnya.

2. Lepas tu masukkan semua bahan tumbuk, santan, asam keping, ikan bilis, garam secukup rasa dalam periuk. masak sehingga mendidih.

3. kacau sehingga mendidih. siap sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 8 November 2010

Telur Menemen Ustazah Kemboja



Semasa gi Kemboja tahun 2008 dulu saya teringat ada satu makanan Mesir yang di masak oleh ustazah di Madarasah al Muhajirin di Kemboja, dia hidang saya makanan,saya tanya dia ? dia kata ini telur Mesir, waaah telur mesir, bila saya selidik rupanaya Telur Menemen dan saya tambah sikit nama kat hujungnya,

Makanan ni sedap kalau makan dengan roti perancis, cuba cubalah katanya khasiat banyak.Jom

kita cuba


BAHAN2:

bawang besar potong dadu
telur 4 biji ( pecahkan dalam bkeas n kacau rata)
tomato 1 biji (potong dadu)
timun 1/2 biji (potong dadu)
serbuk lada sulah
serbuk oren / air limau nipis pun boleh
serbuk lada hitam
garam
minyak

CARA2NYA:

-Panaskan kuali. masukkan minyak.
- setelah minyak panas, masukkan bawang besar. goreng sebentar hingga kekuningan masukkan telur dan
kacau hingga telur hancur
- masukkan semua serbuk yang diatas tu dan juga garam secukup rasa.
- kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan sayuran yg telah dipotong dadu. kacau rata.
- sedap dihidangkan panas bersama roti perancis
sebab kat Kemboja banyak roti Perancis tapi yg paling best makan dgn roti naan.

Ahad, 7 November 2010

MEE SUP MAT PAUZI




Bahan-Bahan:
Mee kuning,
udang,
ayam,
5 ulas bawang putih,
2 ulas bawang merah,
lada hitam yg dikisar,
cili,tauchu,kicap
Bahan sayuranya (Tambahan)

kubis,sawi,tauge,kacang tanah tumbuk,bawang goreng

Cara:
Ayam/dagin di potong kecil2,bersih dan toskan.
udang dibersihkan.

Lada hitam yg sudah dikisar dan bawang merah yg sudah ditumbuk diperapkan dengan udang.

Tumbuk bawang putih dengan cili kemudian tumiskan,masukkan tauchu kemudian masukkah udang yg diperap tadi dan ayam.Tunggu sehingga ayam dan udang masak ,masukkan air,kicap ,garam dan sedikit gula.
Masak sehingga mendidih kemudian perlahankan api.
Cadangan Hidangan:
Mee kuning,kubis,tauge dan sawi di celur dgn air panas ,toskan.

Masukkan mee,kubis,sawi,tauge dan tuangkan sup yg ditumis tadi,taburkan kacang tanah tumbuk,bawang goreng dan daun sup/daun bawang.
Tambahan:
Pastikan sup sentiasa panas baru sedap dihidangkan.

Masa raya baru ni saya gi rumah anak angkat saya di Bangi, dia masak mee sup, eei sedaplah Mat Pauzi masak.Tak sangka anak bujang pandai masak, lepas ni tiap tiap tahun mesti nak gi umah mat pauzi

Khamis, 4 November 2010

Kerak nasi dengan redang ayam mudah


Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"

Sebut sahaja Rendang Ayam, pasti semuanya tahu kan...Rendang ini sangat senang di buat.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung
15 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambahkan cili kering)
3 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa
2 keping asam keping

Cara Membuatnya:

Cara-caranya
1. Kisar cili, bawang besar, bawang putih dan serai hingga halus.
2.Perah kelapa.
3. Masukkan bahan yg telah dikisar bersam dgn santan dan masukkan asam
keping.
4. Bubuh garam secukup rasa

Isnin, 1 November 2010

UBI WAP




Inilah ubi yang sudah siap di masak


Untuk makan musim banjir ni apakata buat aje resepi yang saya cadangkan ini, baru baru kami ke Kg orang Asli di Kg Merbau Maran Pahang.

hantar sarapan pagi untuk 250 orang asli, ajak semua kaum kerabat dan anak buat kerja sukarelawan.

Kata orang sambil menyelam sambil minum air. Selain itu saya sempat belajar buat ubi wap.

3 ketul ubi kayu di buang kulitnya dan di hiris hiris kecil kecil, lepas itu rendam ubi ni selama 3 atau 4 malam sehingga dia berbau masam dan jadi lembik.

Kemudian buangkan air rendaman itu dan sejatkan ubi kayu ini dan jemur sehari di panas matahari jangan terlalu kering.

Lepas itu lenyekan ubi itu didalam periuk sehingga hancur dan bakar diatas dapur kayu sehingga naik bau masamnya.

Ubi ini sedap di makan dengan kelapa parut di campur sedikit garam atau boleh juga makan dengan ikan masin.

Sedap.... cubalah

MASAKAN MISI KEMANUSIAAN

Saya rasa sudah terlalu lama tidak masuk kedapor, mesti ada yang kata saya ni masak "hangat hangat tahi ayam" tak ape, mulai esok saya akan cuba sedaya upaya untuk masuk ke "Dapor Rusnah" kalau boleh setiap hari dengan membawa resepi misi kemanusiaan yang orang tidak terfikir resepi itu adalah makanan orang yang susah susah.Saya harap resepi yang saya paparkan ini akan membantu saya untuk terus berkarya didalam bidang yang saya minati.