Isnin, 1 November 2010

UBI WAP




Inilah ubi yang sudah siap di masak


Untuk makan musim banjir ni apakata buat aje resepi yang saya cadangkan ini, baru baru kami ke Kg orang Asli di Kg Merbau Maran Pahang.

hantar sarapan pagi untuk 250 orang asli, ajak semua kaum kerabat dan anak buat kerja sukarelawan.

Kata orang sambil menyelam sambil minum air. Selain itu saya sempat belajar buat ubi wap.

3 ketul ubi kayu di buang kulitnya dan di hiris hiris kecil kecil, lepas itu rendam ubi ni selama 3 atau 4 malam sehingga dia berbau masam dan jadi lembik.

Kemudian buangkan air rendaman itu dan sejatkan ubi kayu ini dan jemur sehari di panas matahari jangan terlalu kering.

Lepas itu lenyekan ubi itu didalam periuk sehingga hancur dan bakar diatas dapur kayu sehingga naik bau masamnya.

Ubi ini sedap di makan dengan kelapa parut di campur sedikit garam atau boleh juga makan dengan ikan masin.

Sedap.... cubalah

0 ulasan:

Catat Ulasan