Isnin, 8 November 2010
Telur Menemen Ustazah Kemboja
Semasa gi Kemboja tahun 2008 dulu saya teringat ada satu makanan Mesir yang di masak oleh ustazah di Madarasah al Muhajirin di Kemboja, dia hidang saya makanan,saya tanya dia ? dia kata ini telur Mesir, waaah telur mesir, bila saya selidik rupanaya Telur Menemen dan saya tambah sikit nama kat hujungnya,
Makanan ni sedap kalau makan dengan roti perancis, cuba cubalah katanya khasiat banyak.Jom
kita cuba
BAHAN2:
bawang besar potong dadu
telur 4 biji ( pecahkan dalam bkeas n kacau rata)
tomato 1 biji (potong dadu)
timun 1/2 biji (potong dadu)
serbuk lada sulah
serbuk oren / air limau nipis pun boleh
serbuk lada hitam
garam
minyak
CARA2NYA:
-Panaskan kuali. masukkan minyak.
- setelah minyak panas, masukkan bawang besar. goreng sebentar hingga kekuningan masukkan telur dan
kacau hingga telur hancur
- masukkan semua serbuk yang diatas tu dan juga garam secukup rasa.
- kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan sayuran yg telah dipotong dadu. kacau rata.
- sedap dihidangkan panas bersama roti perancis sebab kat Kemboja banyak roti Perancis tapi yg paling best makan dgn roti naan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan