Ahad, 14 November 2010

MASAK LOMAK PUCUK UBI SAKINAH


Hari ini Sakinah balik umah, cuti nak raya...Sakinah sekarang dah pandai masak, macam macam resepi baru dia buat...ialah anak mak lah katakan. Hari ini masak special sikit iaitu masak lemak pucuk ubi.Berpeluh peluh orang kat umah makan.

Ini resepinya

Bahan-bahan

Secekak pucuk ubi kayu

Garam, gula secukup rasa

1 keping asam keping

1 biji kelapa dijadikan santan

1 Cam ikan bilis / udang basah

Bahan yang di tumbuk

5 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

10 biji cili api (ikut citarasa anda)

kunyit sebesar ibu jari /1 camt serbuk kunyit

Caranya

1. Pucuk ubi pisahkan antara batang dan daunya (jangan masuk batangnya pulak),lepas tu potong ikut sukahatilah macamana pun dan lepas tu uli dengan sedikit garam untuk mengeluarkan air pahitnya.

2. Lepas tu masukkan semua bahan tumbuk, santan, asam keping, ikan bilis, garam secukup rasa dalam periuk. masak sehingga mendidih.

3. kacau sehingga mendidih. siap sedia untuk dihidangkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan