Selasa, 31 Mac 2009

Pisang Bakar Keju

Semasa saya pergi ke Jakarta, Solehah & Sakinah telah membawa saya makan di satu warung biasa aje, tapi saya tengok ramai orang makan di situ. Orang makan tu orang bekelurga pula dtg dgn kereta yg besar. Jadi saya hairanlah, kalau di Malaysia ni makan di warung orang yang macam saya sahaja iaitu makan ikut duit di poket dan selera. ooo rupanya di warung ini ada makanan special rupanya. Anda mahu tahu apa? iaitu sop kaki kambing dan pisang bakar , tapi saya tambah sikit hujungnya PISANG BAKAR KEJU, punyalah sedapnya hingga saya ingin mencuba untuk membuatnya dan kebetulan jadi pulak tu ! marilah kita cuba masok dapor sebentar. Sebelum itu sediakan dulu tempat pembakar yg manual iaitu bakar pakai dapur arang dan di atasnya di letakan pemanggang.

Bahannya makan untuk 3 orang

5biji pisang montel
keju parut ikut suka
susu manisan kremer
Sos cokelat atau anda boleh buat sendiri iaitu cokelat itu di cairkan

Caranya
Pisang di potong memanjang, kemudian pisang di letak atas pemanggang yg api sederhana sahaja, bila pisang itu sudah mengeluarkan bau yg harum anda sapukan terus susu krimer sebelah sahaja tapi jangan banyak sangat, kemudian anda katupkan dgn pasanganya dan akhir sekali curakan sos dan taburkan parutan keju... memang sedap. marilah cuba tidak susah.
OK untuk esok kita masak serundin daging. Selamat mencuba

Jumaat, 27 Mac 2009

Ikan Siakap rasa sweet & sour

Foto: Ikan Siakap rasa sweet & Sour

1 ekor ikan siakap yg segar,siang dan kelar lumurkan dengan kunyit dan garam serta perap
Bahan untuk sosnya
3 Ulas bawang merah (di hiris halus)
3 ulas bawang putih (di titik sahaja)
1/2 inci halia di hiris halus
1/2 cawan sos tomato
3 cawan sos cili
3 biji cili merah (di potong nipis)
1/2 cawan air
1 biji buah tomato
Daun bawang, daun sop
Garam secukup rasa

Cara
  • Goreng ikan sehingga masaknya sama rata
  • Tumiskan bahan untuk di bawanng merah,putih dan halia
  • Apabila telah naik baunya masukan sos cili,sos tomato dan akhir sekali masukan air dan gula
  • Setelah pekat tuangkan diatas ikan tadi
  • Hiaslah ikan tadi daun sop,bawang hirisan bawang besar dan lada besar.

Esok kita akan masok dapor dengan satu lagi makanan yg sangat enak datangnya dari seberang iaitu Indonesia. Anda pasti boleh mencubanya.Iaitu Pisang bakar keju

Rabu, 25 Mac 2009

Paru Goreng

Paru goreng adalah sejenis lauk yg sangat sedap rasanya, untuk memasaknya paru mestilah di rebus dulu, kemudian buang air rebusan yg ada jika paru sudah lembut. Kemudian paru itu hendaklah di keringkan.

Bahan bahan
  • 1/2 Kilo paru di potong ikut suka hati,di cuci dan rebus sehingga kering airnya
  • 7 biji cili padi,kalau mahu pedas boleh tambah
  • 3 btg serai - di tumbuk
  • 1/2 inci halia - di tumbuk
  • Sedikit lengkuas - di tumbuk
  • 1 labu bawang besar - di kisar
  • 3 biji bawang putih - di kisar
  • 3 biji bawang merah - di kisar
  • Minyak untuk menumis.
  • Sedikit asam jawa dan garam secukupnya

Cara membuatnya
  • Paru yg di rebus tadi di toskan dan goreng hingga garing.
  • Panaskan minyak dan tumislah bahan yang di kisar tadi,bila telah naik baunya masukan bahan yg di tumbuk kemudian masukan air asam jawa dan garam. Akhir sekali masukan paru dan gaulah sehingga sebati dan sedia sesuaikan rasanya. Hiaslah paru gorengan dengan potongan lada besar.
Sedia untuk di hidang

Ahad, 22 Mac 2009

Sagun

Assalamualaikum, Saya minta maaf banyak banyak kerana sudah lama tidak masuk dapor, bukan malas tapi saya di ganggu oleh kerja yg mendatang seperti BERSAMA PALESTIN,Misi Dakwah Orang Asli,cari dana untuk anak Yaim Sri al Ain di Acheh.

Baru baru ini saya ke Kelantan dan pergi ke Pasar Siti Khadijah. Memanglah di pasar Siti Khadijah itu lubuk makanan, dari sekecil kecil makanan hingglah ke makanan yg tidak pernah kita lihat dan rasa.Tapi yg teruja ialah satu jenis makanan masa saya kecil kecil iaitu Tok saya selalu buat dan dia ajar saya buat, namanya "Sagun".Sagun adalah sejenis makanan tradisonal,rasanya sedap dan sangat mudah untuk membuat,Saya beli sepeket sagun di pasar Siti Khadijah dengan harga RM 1.00 sepeket yg berisi 10 batang bekas yg berisi sagun, ini bermakna 1 batang sagun itu harganya 10 sen sahaja. Pembungkusanya sangat menarik perhatian, bagi saya sangat murah kalau di kira kos membuatnya...cuba lihat
Foto : Satu peket 10 btg bungkusan sagun, maknaya 10 sen sebatang



Mari kita masuk dapor sebentar cuba buat Sagun
Untuk makan 20 orang

Caranya
  • 2 kg beras di basuh bersih dan goreng sehinggalah kering
  • 2 1/2 kilo gula pasir yg halus
  • 2 biji kelapa parut ambil yg putuh sahaja
  • 3 helai daun pandan di carik carik
  • Sedikit garam
  • sedikit air.



Caranya
Kisar atau blander beras sampi halus,kemudian campurkan kelapa parut tadi dan sedikit garam
lepas itu renjiskan air dan gaul kemudian gorenglah sagun ini hingga masak dan masukan daun pandan. yg di carik carik tadi.Teruskan goreng hinggalah rasa sebati lemak,manis dan ragup

Hidanglah pada waktu petang,pasti ada yg minat.

Untuk resepi seterusnya kita akan masok dapor dengan 1 jenis masakan iaitu masak paru pedas dengan sejenis makanan pembuka selera iaitu budu bersama ikan kembung bakar.

Khamis, 12 Mac 2009

EMPING

Emping adalah satu makanan kudap kudapan yang di buat dari padi yg masih muda,padi yang di gunakan untuk membuat emping ialah muda,padi pulut.Padi yg dicadangkan utk membuat emping selalunya di tanam lewat sikit kerana pesta mengemping akan di adakan pada sebagai acara khas sebagai penutup musim menanam padi,biasanya lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih hijau iaitu sesuai dijadikan emping.

Padi yg dituai untuk dibuat emping ini akan di leraikan (erek),kemudian akan di rendam semalaman.Di tuskan lepas itu barulah di goreng dan akhir sekali di tumbuk mengunakan lesung kayu.Sekarang mari kita mengemping dan meyediakan untuk santapan sambil berbual bual dengan teman teman pada waktu petang dan di minum dengan air kopi



Makan untuk 5 orang
Bahan bahanya
  • 2 cawan padi yg masih muda (masih hijau dan isinya lembut)
  • sedikit garam halus
  • 1 cawan kelapa muda (di kukur lebih cantik)
  • 3 sudu gula merah

Cara caranya
1 Sanggai (Padi yg di remdam tadi di toskan airnya,goreng tanpa minyak sehingga kekuningan)
2 Tumbuk padi ketika masih panas,sehingga semuanya padi menjadi leper.
3 Keluarkan dari dalam lesung,dan tampi untuk mengasingkan antara emping dan kulitnya.
4 Sekarang emping siap utk di hidang.Emping di gaul dengan sedikit garam,gula merah dan akhir sekali masukan kelapa kukur tadi.(Sangat sedap jika di makan dengan madu lembah)

Info : Untuk membuat emping adalah gunakan lesung kaki.Kalau di kampung acara mengemping ini adalah acara mencari jodoh, tapi hari ini acara mengemping ini sudah mula di lupakan oleh orang. Insyaalah PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) akan menghidupkan kembali acara warisan ini.

Rabu, 11 Mac 2009

MEE BANDUNG MUAR

Mee bandung Muar sangat terkenal di Daerah Muar Johor khususnya dan sangat popular di Negeri Johor.Oleh kerana ke enakan rasanya maka mee bandung muar telah berada di mana mana gerai atau restoran di Malaysia. Ke sedapan mee bandung Muar ini ialah pada rencahnya.

Sekarang ini telah ada rencah "segera"untuk membuat mee bandung muar telah di peketkan serta di hantar keluar negara dengan kegunaanya dalam jangka masa yang di tetapkan.Jadi tidaklah sukar jika anda ingin menikmati mee bandung muar.Sekarang mari masuk dapor untuk memasak dengan rencahnya yang asli

Bahan bahanya

1 kg mee kuning
9 tangkai lada kering di giling
3 ulas bawang putih di ketuk sahaja
5 ulas bawang merah
200 grm udang kering,direbus dengan 11/2 cawan air
300 grm daging di potong nipis dan di rebus dapat 4 cawan air rebusan
sawi ikut suka,potong 1 inci
Sedikit kobis,ikut rasa dan potong
1/2 cawan gula pasir
1 sudu sos tiram
fish ball
Sotong
Telur ayam mengikut bilangan jumlah hidangan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya

Cili kering yg di kisar tadi,udang kering ,bawang putih,bawang merah dan tumislah bahan tadi jangan sampai terlalu garing.Masukan sos tiram,kemudian air rebusan daging dan dagingnya, fish ball dan sotong.
Akhir sekali masukan sawi,kobis,sesuaikan rasanya.

Untuk menghidang

Hidangkan mee bandung muar ini dengan sepinggan sepinggan,mee kuning di letak di dalam pinggan, letakan telur rebus (jangan di rebus keras), taburkan daun sup,daun bawang dan tuangkan kuah yang tengah panas.

Nikmatilah rasanya.
Untuk esok kita masuk dapor dengan makanan yg sangat rengkas dan sedap rasa iaitu "emping" dengan kelapa muda

Khamis, 5 Mac 2009

LAKSAM

Foto : Laksam yang siap untuk di makan,marilah cuba sedap....
Foto :Pemandangan di dalam pasar Siti Khadijah,Kota Bharu Kelantan.Semua jenis makanan boleh di dapati di sini.

Laksam adalah makanan yang datang dari negeri Kelantan.Kalau kita berkunjung ke Kelantan jangan lupa naik tingkat satu di pasar Siti Khadijah dan cari laksam,hampir semua gerai meyediakan laksam.Memang sedap,kalau boleh mari kita masok dapor untuk masak laksam . Jom…

Laksam
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• 2 cwn tpg beras
• 1/3 cwn tpg gandum
• 4 cwn air masak suam
bahan kuah:
• Ikankembung (direbus,dibuang tulang)
• 1 inci halia
• 3 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang besar
• 1 sudu makan lada hitam
• 5 cawan Santan
• 3 keping asam gelugor
• Garam secukup rasa
• 1 sudu gula merah
Bahan ulam
• 1 biji timun,5 urat kacang panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
• Cili besar di potong
Untuk Sambal:
• cili merah
• belacan
• garam
• limau

Cara-cara

1. Tepung beras,tepung gandum dan air digaul .Biarkan sebentar.
2. Sediakan tudung periuk dan sapukan dengan minyak.Ambil satu senduk adunan bancuhan tepung dan letakan diatas tudung periuk
3. Kukus sampai masak.,bila sudah masak, keluarkan. biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. .Ulang buat sehingga habis adunan tersebut
Cara membuat kuah
1 Kisar isi ikan hingga lumat,
2 Halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
3 Kemudian bahan yang di kisar tadi beserta santan masukan ke dalam periuk dan masukan isi ikan yang di kisar tadi,kemudian masaklah hingga pekat

Untuk sambalnya

Tumbuk cili merah dgn belacan,tambah garam dan perahkan limau
Untuk menghidang : Letakan laksan yang telah dipotong .Manakala timun,kacang panjang di potong dan letakan taugeh di atas laksam sedikit sambal,kemudian baru di curahkan kuahnya
Nikmatilah rasanya

Masok dapor yang berikutnya kita akan masak Mee Bandung Muar dari Johor.Saya harap anak anak saya yang sedang belajar di Jakarta Indonesia akan terus mencuba resepi yang di hidangkan ini.Iaitu Ummu Solehah,Ummu Sakinah,Dewi Kartini serta anaknda Norami yang berada di Maran tu...

Rabu, 4 Mac 2009

AYAM GORENG BEREMPAH

Hari ini menu Ayam Goreng Berempah dengan Nasi Lemak Kukus sangat banyak terdapat jual di gerai gerai terutama pada waktu petang di tepi jalan jalan atau restoran juga ada.Sungguh meyelerakan kalau ayam itu di goreng di situ juga.Tentu ramai yang mahu mencuba dan membelinya, kalau resepinya boleh menangkap selera orang.. Maka gerai tersebut akan terus di kunjungi orang,mari kita masuk dapor dan buat resepi ini untuk keluarga.
Bahanya

1 ekor ayam sekitar 2 kilo
5 ulas bawang putih di cincang
1 labu bawang besar di cincang
1 camb halia di tumbuk halus
1 biji limau nipis diambil airnya
1 inci kunyit di tumbuk lumat
7 batang lada merah di tumbuk lumat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Caranya
1 Ayam di potong ikut rasa dan di basuh bersih bersih serta di buang lemaknya.
2 Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar,kemudian masukan ayam dan gorengya hingga kekuningan
3 Masukan halia,garam dan tutup serta kecilkan api biarkan selama setengah jam
4 Perahan limau tadi di masukan kedalam air yang 1/2 cawan tadi dan tuang dalam kedalam kuali yang ada ayam tadi
5 Masukan kunyit yang tumbuk tadi serta lada,biarkan ayam itu masak.
Angkat dan hidang

Untuk esok kita masok dapor dengan masak laksa dari negeri Kelantan.