Isnin, 16 November 2009

Maaf

Saya minta maaf banyak banyak kerana tidak dapat nak updatekan blog masak ni.Insyallah saya usahakan yang terbaik.

Isnin, 14 September 2009

AYAM PANGGANG BERSANTAN


Foto : Masa saya ke Kota Dumai sempat saya rakamkan makanan yang menjadi kegemaran orang orang di dua negara ini. Ayam Panggang dan Ikan Panggang

Saya minta maaf banyak banyak sekiranya ada yang menanti resepi dari saya. Pada bulan ramadan ini kesuibukan saya makin bertambah dan kadang kala itu mahu mengisi ruang resepi pun menjadi tidak terisi. Walau apa pun saya tidak akan menghampa harapan anda semua. OK untuk menyambut lebaran ini apa kata kita tambah menu di meja kita dengan resepi Ayam Panggang Bersantan

Bahan bahannya
1 ekor ayam
1 bungkus perasa ayam
3 sudu besar marjerin
2 gelas santan pekat ( 1 biji kelapa)

Untuk rempahnya
6 sudu buah keras yang di kisar halus kalau di indonesia di panggil kemiri
1 sudu besar ketumbar
1 inci halia
1 inci kunyit
Garam secukup rasa

Caranya
1 Tumiskan rempah dengan majerin hinggalah naik baunya, tuangkan santan dan kacau hingga rata dan sampai mendidih. Masukan perasa ayam dan kacaulah santan hingga kering sedikit
2 Panggang ayam hingga berwarna coklet, angkat dan lumurkan dengan santan tadi.
3 Sangat sedap di makan di waktu panas.

Rabu, 26 Ogos 2009

MI GORENG BASAH

Foto : Mi Goreng Basah


Mi goreng basah ini sangat sedap kalau betul masaknya.Tapi kalau masak cincai cincai aje maka akan rasa pahitlah, masinlah dan bau kaporlah dan rasanya tak meyelerakan. Ok apa kata kalau kita masuk dapur hari ini dengan membuat mi goreng basah yang rasanya enak.

Bahan bahanya
1/2 kilo mi kuning
300 gram isi ayam (kalau boleh ambil dadanya)
200 gram udang
200 gram sotong
sedikit kobis
sedikit sawi
3 ulas bawang putih - di titik sahaja
3 sudu cili boh
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
100 ml stok daging
minyak untuk menumis
Sedikit serbok perasa.

Caranya senang aje
1 Panskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih,cili boh sehingga naik baunya
2 Masukan mi, ayam,udang,sotong,sos tiram,kicap,sawi dan kobis,stok daging dan masukan sedikit air untuk memberi kelembapan pada mi tersebut.
3 Masukan garam dan sedikit serbok perasa, dan gorenglah hingga rata dan angkat

Kalau petang ni belum ada menu, cuba masak mi goreng basah ini sebagai hidangan utama untuk berbuka.

Untuk hari esok saya nak beri anda resepi yang sedap dan enak dan sesuai untuk berbuka iaitu Mertabak Acheh

Isnin, 24 Ogos 2009

ASAM PEDAS IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Foto : Di Tepi Sungai Pahang.
Bermacam macam jenis ikan terdapat di dalamnya termasuklah ikan patin. Inilah khazanah negeri Pahang.


Saya berasal dari Negeri Pahang. Sebuah negeri yang sangat kaya dengan hutan belantara yg belum di usik lagi dan Sungai Pahang adalah sungai yang sangat cantik, indah dan kebersihanya memang terjaga. Di samping itu di Negeri Pahang juga sangat terkenal dengan masakan yang enak enak dan masih lagi kekal dengan warisan dulu dulu. Antara masakan yang menjadi kegemaran saya ialah asam pedas ikan patin. Saya pun boleh memasaknya, tapi kalau saya masak tak sesedap arwah tok saya masak, kalau dia masak hirup kuahnya dah cukup nikmat dan saya pun tak tau apa rahsianya. Kata orang dulu dulu kalau orang pandai masak ni sebab dia ada aura "air tangan" anda jangan buat main kalau kita tak pandai masak ni, campurlah apa pun akhirnya orang makan tekak rasa loya. Ok lah celoteh panjang panjang ni tak elok bulan ramadan ni oklah kita masuk dapor untuk cuba masak asam pedas ikan patin masak tempoyak.


Foto : Asam Pedas Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan bahanya

1 Ekor ikan patin (Beli yang kat Sg Pahang, ikan patin sangkar pun tak ape)
ikan siang dulu dan perap dulu dengan asam jawa/limau nipis nak buang baunya)
1 inci kunyit hidup di tumbuk halus
15 biji cili api di tumbuk lumat
3 keping asam keping
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
2 sudu makan tempoyak
1 biji timun cina di potong dadu
garam secukup rasa
sedikit garam

Cara caranya.

1 Ikan di bersihkan selepas di perap dengan asam jawa tadi
2 Sediakan periuk dan isi air ikut rasa banyak yang kuah anda mahu
3 Masukan lada yg di tumbuk, kunyit dan tempoyak, asam keping dan biarkan mengelegak seketika dan masukan garam ikut rasa
4 Masukan ikan patin, daun kesum,bunga kantan dan timun. Rasa dan kalau rasa pedas masukan gula sedikit.

Sedap rasanya di makan dengan nasi panas.

Ahad, 23 Ogos 2009

kue teow sup


Kue Teow Sup ini adalah menu berbuka kami hari semalam. Menu untuk berbuka kadang kadang di buat secara spontan, iaitu apa bahan yang ada didalam peti sejuk itu yang di masak. Kerana bagi saya masak ni adalah ikut pandai aje bukan kemahiran, kerana saya bukan chef. Maknaya masak apa yang saya pandai ajelah. Untuk menu berbuka saya buat pengat labu,keow teow sup, samosa dan popia.

Kue Teow Sup

1/2 Kili kuew teow di celur
1/4 kilo ayam / daging di potong ikkut suka hati dan direbus untuk buat supnya
7 ekor udang besar
10 biji bebola ikan
3 biji bawang putih
Sedikit halia
Garam secukup rasa
Sedikit udang kering
2 keping tahu - di goreng dulu.
Daun kucai - untuk hiasan
sedikit gula
Minyak untuk mengoreng

Untuk sambalnya
7 biji cili api
1 sudu teh lada hitan
sedikit garam
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili

1 Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga naik baunya
2 Tuangkan air rebusan ayam tadi, biarkan hingga mengelagak kemudian masukan udang dan ayam serta bebola ikan dan rasa garamnya serta isi sedikit gula. Dan titiskan beberapa titis minyak bijan

Cara hidang mudah aje
Masukan mee dalam mangkuk dan isi daun kucai di atasnya dan tuangkan kuahnya dan jangan lupakan letakan sambalnya. Sungguh sedap dan sangat meyelerakan

Sabtu, 22 Ogos 2009

MI KARI

Foto : Mi Kari


Untuk santapan berbuka petang ini mari kita fikirkan satu hidangan yang enak ye. Kalau anda belum ada idea apa kata ikut cadangan dari saya ni iaitu Mi Kari,Kuih lopis, agar agar jagung. Manakala air pula iaitu air cincau, teh O dan kalau minat teh tarik tu boleh juga di hidangkan, dan jangan lupa kurma ye.

Untuk itu kita cuba masak mi kari

1 kg mi kuning di celur terlebih dulu dgn air panas
1/4 ayam ekor di potong sederhana kecil
1/4 kilo taugeh
1/2 kilo kerang di rebus dan ambil isinya
1/4 sawi
2 btg fishcake
10 biji bebola ikan
1 biji kelapa / RM 1.50 santan
2 kuntum bunga lawang
2 keping asam keping

Bahan yg di tumbuk

3 Ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sm halia

Caranya mudah aje

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik baunya, kemudian masukan ayam dan gaul lah sehingga sebati. Masukan santan sedikit demi sedikit dan biarkan mendidih seketika. Masukan asam keping, dan akhir sekali masukan kerang,fishcake, garam secukup rasa dan masukan sawi dan taugeh sebelum angkat.

Cara untuk menghidang tu masukan mi dalam mangkuk dan curahkan kuahnya dan jangan lupa bawang goreng dan sedikit daun sup jika suka. Selamat mencuba.

Jumaat, 21 Ogos 2009

GULAI LABU

Sahur malam ni eloklah kalau kita hidang keluarga dengan makanan ala kampong. Iaitu telur goreng, gulai labu, ikan selar kuning goreng dan sup sayur. Air pula iaitu teh o limau dan jangan lupa makan buah kurma dan sesudu madu lebah untuk menambah tenaga pada esok hari

Gulai Labu

1 Biji labu tua (di buang kulit dan perutnya, kemudian potonglah ikut suka hati)
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
7 ulas cili api
sedikit lada hitan
3 btg serai ( di titik saja)
sedikit serbuk kunyit/ kalau kunyit hidup lagi bagus
1 sudu makan udang kering
santan secukupnya ( 1 biji kelapa)

Caranya mudah aje
1 Bawang kecil, bawang merah, cili api, lada hitam dan udang kering di tumbuk hingga lumat.
2 Labu dan santan di campurkan dan jerang atas dapor kemudian masukan ramuan yang di tumbuk tadi dan kacau, lepas tu masukan serbuk kunyit (agak agaklah ye) dan masukan serai. Kacau hingga mengelegak dan last sekali masukan garam ikut rasa. Senang aje, Selamat mencuba.

Saya tak sempat lagi nak ambil gambar gulai labu, insyaAllah saya letakan gambarnya tak lama lagi.

Selasa, 2 Jun 2009

LONTONG


Assalamualkum, salam sejahtera dan mudah mudahan semuanya selamat dan sihat walhafiat,saya doakan kepada semua pengunjung mari masuk dapor sentiasa didalam keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Pada kesempatan ini saya saya ingin memulakan tugasan yang sangat lama tertangguh iaitu sebagai chef di alam maya. Saya kira walaupun saya telah tinggalkan laman yang saya cintai ini tidak semestinya saya melupainya, kerana saya masih lagi mencari idea serta resepi yang baik untuk anda. Atau resepi yang luarbiasa untuk anda semua. Walau apapun pada pertemuan ini saya ingin memaparkan satu resepi yang sangat menarik untuk anda dan saya berkongsi masakan. Ok baru baru ini saya telah ke restoran lama saya itu di Taman Sri Gombak. Namanya Restoran Takwa.

Sejarahyna restoran ini di buka pada tahun 1990. Saya pada itu mengandung anak yang ke 5. Namanya Salman al Farisi, dalam tempoh awal mengandung hinggalah masa saya saat mahu bersalin saya sarapan dan minum petang di restoran ini dengan santapan yang sangat meyelarakan iaitu 2 keping roti telur dan teh tarik. Kalau satu hari dua kali saya ulang maka saya makan 4 keping roti telur dan dua gelas teh tarik.

Dan pada hari ini anak yang bernama Salman boleh makan beberapa keping roti dengan berselera sekali. Dan selepas saya bersalin saya sudah tidak berselera lagi makan sebanyak itu. Yang saya mahu paparkan kali ini ialah di restoran takwa ini sudah ada menu baru iaitu LONTONG. Rasanya sangat sedap... ok ini resepinya



LONTONG

Bahan untuk kuah
Santan 1 kelapa - RM 2
Bahan untuk tumisan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 btg serai

Bahan rencahnya
Udang basah RM 2
Sedikit kobis
sedikit lobak merah
2 kpg tahu goreng (belah ikut suka anda)
1 keping tempe (potong potong dan goreng)
2 biji kentang
1 ikat kacang panjang
1 peket fucuk dan soon di rendam harganya RM 1.50
1 biji cili merah
Garam secukup rasa
serbok kunyit

  1. Tumislah bahan tumisan dengan sedikit minyak sehingga naik baunya dan garing sedikit
  2. Masukan santan yang telah di tambah dengan 3 cawan air dan bila santan sudah sedikit mengelegak masukan kunyit,kobis, kacang panjang, soon, fucuk, serbok kunyit dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian sekali masukan garam secukup rasa, cili merah. Masaklah hingga megelegak
  4. Hidanglah
  5. Sedap di makan dengan lontong yang di bungkus dengan daun.

Ok esok saya mahu bawa anda masuk dapur dengan resepi roti nan ghalid

Khamis, 16 April 2009

LEMANG

Foto : Sungguh meyelerakan, cubalah buat.

Pada 1 -3 hb Mei 09 ni saya mahu bawa anda semua ke Kg Merbau, Maran Phg. Ikut saya ke HARI KELURGA BERSAMA KAUM PERIBUMI. Di antara aktiviti utama selain dari forum bicara Ad Deen bersama Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, anda juga mendengar kepetahan bicara dari perunding Motivasi Hj Muhammad Zakaria yang akan bercakap pasal murtad. Forum akan di pengerusikan oleh Ustaz Mahatdir Saharuddin dari Radio IKIMfm . Selain pada tu ada persembahan amal dari bapak angkat orang asli kg Merbau iaitu Kumpulan RAIHAN. Saya juga akan membawa seramai 65 orang pelajar dari kalangan anak belia orang asli dari berbagai kaum yg di datang khas dari PERTAMA.Terima kasih Ustaz Razi & Ustazah Soba sentiasa meyokong program saya.

Saya juga telah meyusun satu program yg di nanti nantikan oleh para peserta HARI KELUARGA BERSAMA iaitu PESTA BAKAR LEMANG. Sebelum kita bakar lemang kita lihat dulu resepi, buat anaknda di Jakarta tu belajar buat lemang, takut dapat pasangan orang palestin yang suka makan melayu seperti lemang

Bahanya
Sediakan buluh yang sederhana besar 20 batang, basuh dulu dan toskan airnya
5 kilo beras pulut
8 biji kelapa (ambil santanya)
Garam secukup rasa

Foto : Masak lemang masa hariraya tahun lepas. OK rasa sedap....

Caranya
  • Beras pulut di basuh dan rendam selama 2 jam kemudian toskan airnya
  • Daun lerek atau daun pisang di masukan kedalam buluh mengikut bulatan buluh, lebihkan sikit hujung untuk di tutup bila telah masak nanti
  • Sediakan santan pekat (jangan terlallu pekat) masukan garam ikut rasa
  • Masukan beras pulut ke dalam buluh. Jangan terlalu penuh tinggalkan sekitar tiga inci dan tuangkan santan
  • Bakarlah pada api sederhana, kalau santan kering masukan sikit lagi dan hentaklah untuk memadatkan isi didalamnya. Bakar sekitar 3 atau 4 jam
Selamat mencuba

Isnin, 6 April 2009

Kari Daging


Foto : Kari Ayam, lagi pekat kuahnya lagi sedap

Kali ini kita masak KARI DAGING, walaupun masak kari daging ini kita senang saja, tapi kalau tidak di buat dengan betul betul rasanya tidak sedap dan baunya pun tidak meyelerakan. Arwah mak saya pandai masak kari daging dan kuah karinya lambat basi walaupun sudah bermalam. Kata orang tua tua memasak ini kalau hendak sedap kena gayanya dan ada"air tanganya" maknanya kalau dah tangan itu sentiasa memegang periuk belanga serta rencah untuk masak memasak maka akan rasalah sedapnya kerana kebiasaanya sudah tahu caranya. Tidaklah terkial kial menaya jenis jenis rempah ratus kerana tidak tahu... malu tu kalau jadi wanita tak tahu dan tak pandai masak. OKlah lama sangat kita bercerita nanti tak jadi pula masakan kita nanti, mari masok dapor!

Kari Daging
1/2 Kg daging batang pinang ( di potong dan di rebus dulu)
1 peket rempah serbuk kari adabi
Halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
beberapa biji ubi kentang di potong
Santan
Gula,garam dan lada hitam

Tumis bahan yang di kisar tadi, bila telah naik baunya masukan bancuhan rempah kari dan serta lada hitam kacaulah hinggga rempah kari telah masa.
Masukan daging dan gaul biarkan sampai sebati . Kacau sampai hingga naik baunya biarkan sebati daging dan rempah kemudian masukan santan. Bila santan telah mendidih masukan ubi kentang dan sesuaikan rasanya dengan garam, gula... hidang

Rabu, 1 April 2009

SERUNDING DAGING


Assalamulaikum, bertemu kembali dalam mari masok dapor, kali ini kita akan masak serunding daging, kalau anda ada bakat berniaga boleh buat serunding dan jual, bolehlah untung sikit...

tapi selalunya kalau org kampong buat serunding ini untuk bekalkan pada anak balik asrama, kalau zaman dulu orang pergi ke mekah untuk mengerjakan ibadah haji mereka akan naik kapal, maka dalam perjalanan selama 40 hari atau 2 bulan tu mereka makanlah makanan yang tahan lama seperti serunding. Mari kita cuba! buat anak anak di Jakarta Ummu solehah,Ummu Sakinah Dan Dewi Kartini cuba ya! masak, kalau dah pandai masak baru boleh cari calon...


Bahan bahan
2 kg daging batang pinang di rebus sampai empok
300 gm cili kering - kisar
3 labu bawang besar - di kisar
7 biji bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
7 btg serai - di tumbuk
200 gm ketumbar - di kisar
150 gm jintan manis - di kisar
Gula merah/gula perang (ikut suka)
santan dua biji kelapa
100grm kerisik
Asam jawa

Cara membuatnya
  • Daging direbus hingga empok dan di siat halus halus
  • Tumiskan bahan yang di kisar tadi, bila telah naik baunya masukan gula merah dan kerisik dan perahan asam jawa.
  • Kacau hingga sebati dan masukan santan.Kacaulah tumisan itu sampai pecah minyaknya
  • Bila tumisan tadi telah kering masukan carikan daging
  • Sesuaikan rasanya dengan garam ,kacaulah dan angin anginkan daging tersebut
  • Kecilkan api dan kacau selalu
  • Masaklah sehingga serunding itu kering.

Untuk esok kita masak Kari Daging.

Selasa, 31 Mac 2009

Pisang Bakar Keju

Semasa saya pergi ke Jakarta, Solehah & Sakinah telah membawa saya makan di satu warung biasa aje, tapi saya tengok ramai orang makan di situ. Orang makan tu orang bekelurga pula dtg dgn kereta yg besar. Jadi saya hairanlah, kalau di Malaysia ni makan di warung orang yang macam saya sahaja iaitu makan ikut duit di poket dan selera. ooo rupanya di warung ini ada makanan special rupanya. Anda mahu tahu apa? iaitu sop kaki kambing dan pisang bakar , tapi saya tambah sikit hujungnya PISANG BAKAR KEJU, punyalah sedapnya hingga saya ingin mencuba untuk membuatnya dan kebetulan jadi pulak tu ! marilah kita cuba masok dapor sebentar. Sebelum itu sediakan dulu tempat pembakar yg manual iaitu bakar pakai dapur arang dan di atasnya di letakan pemanggang.

Bahannya makan untuk 3 orang

5biji pisang montel
keju parut ikut suka
susu manisan kremer
Sos cokelat atau anda boleh buat sendiri iaitu cokelat itu di cairkan

Caranya
Pisang di potong memanjang, kemudian pisang di letak atas pemanggang yg api sederhana sahaja, bila pisang itu sudah mengeluarkan bau yg harum anda sapukan terus susu krimer sebelah sahaja tapi jangan banyak sangat, kemudian anda katupkan dgn pasanganya dan akhir sekali curakan sos dan taburkan parutan keju... memang sedap. marilah cuba tidak susah.
OK untuk esok kita masak serundin daging. Selamat mencuba

Jumaat, 27 Mac 2009

Ikan Siakap rasa sweet & sour

Foto: Ikan Siakap rasa sweet & Sour

1 ekor ikan siakap yg segar,siang dan kelar lumurkan dengan kunyit dan garam serta perap
Bahan untuk sosnya
3 Ulas bawang merah (di hiris halus)
3 ulas bawang putih (di titik sahaja)
1/2 inci halia di hiris halus
1/2 cawan sos tomato
3 cawan sos cili
3 biji cili merah (di potong nipis)
1/2 cawan air
1 biji buah tomato
Daun bawang, daun sop
Garam secukup rasa

Cara
  • Goreng ikan sehingga masaknya sama rata
  • Tumiskan bahan untuk di bawanng merah,putih dan halia
  • Apabila telah naik baunya masukan sos cili,sos tomato dan akhir sekali masukan air dan gula
  • Setelah pekat tuangkan diatas ikan tadi
  • Hiaslah ikan tadi daun sop,bawang hirisan bawang besar dan lada besar.

Esok kita akan masok dapor dengan satu lagi makanan yg sangat enak datangnya dari seberang iaitu Indonesia. Anda pasti boleh mencubanya.Iaitu Pisang bakar keju

Rabu, 25 Mac 2009

Paru Goreng

Paru goreng adalah sejenis lauk yg sangat sedap rasanya, untuk memasaknya paru mestilah di rebus dulu, kemudian buang air rebusan yg ada jika paru sudah lembut. Kemudian paru itu hendaklah di keringkan.

Bahan bahan
  • 1/2 Kilo paru di potong ikut suka hati,di cuci dan rebus sehingga kering airnya
  • 7 biji cili padi,kalau mahu pedas boleh tambah
  • 3 btg serai - di tumbuk
  • 1/2 inci halia - di tumbuk
  • Sedikit lengkuas - di tumbuk
  • 1 labu bawang besar - di kisar
  • 3 biji bawang putih - di kisar
  • 3 biji bawang merah - di kisar
  • Minyak untuk menumis.
  • Sedikit asam jawa dan garam secukupnya

Cara membuatnya
  • Paru yg di rebus tadi di toskan dan goreng hingga garing.
  • Panaskan minyak dan tumislah bahan yang di kisar tadi,bila telah naik baunya masukan bahan yg di tumbuk kemudian masukan air asam jawa dan garam. Akhir sekali masukan paru dan gaulah sehingga sebati dan sedia sesuaikan rasanya. Hiaslah paru gorengan dengan potongan lada besar.
Sedia untuk di hidang

Ahad, 22 Mac 2009

Sagun

Assalamualaikum, Saya minta maaf banyak banyak kerana sudah lama tidak masuk dapor, bukan malas tapi saya di ganggu oleh kerja yg mendatang seperti BERSAMA PALESTIN,Misi Dakwah Orang Asli,cari dana untuk anak Yaim Sri al Ain di Acheh.

Baru baru ini saya ke Kelantan dan pergi ke Pasar Siti Khadijah. Memanglah di pasar Siti Khadijah itu lubuk makanan, dari sekecil kecil makanan hingglah ke makanan yg tidak pernah kita lihat dan rasa.Tapi yg teruja ialah satu jenis makanan masa saya kecil kecil iaitu Tok saya selalu buat dan dia ajar saya buat, namanya "Sagun".Sagun adalah sejenis makanan tradisonal,rasanya sedap dan sangat mudah untuk membuat,Saya beli sepeket sagun di pasar Siti Khadijah dengan harga RM 1.00 sepeket yg berisi 10 batang bekas yg berisi sagun, ini bermakna 1 batang sagun itu harganya 10 sen sahaja. Pembungkusanya sangat menarik perhatian, bagi saya sangat murah kalau di kira kos membuatnya...cuba lihat
Foto : Satu peket 10 btg bungkusan sagun, maknaya 10 sen sebatang



Mari kita masuk dapor sebentar cuba buat Sagun
Untuk makan 20 orang

Caranya
  • 2 kg beras di basuh bersih dan goreng sehinggalah kering
  • 2 1/2 kilo gula pasir yg halus
  • 2 biji kelapa parut ambil yg putuh sahaja
  • 3 helai daun pandan di carik carik
  • Sedikit garam
  • sedikit air.



Caranya
Kisar atau blander beras sampi halus,kemudian campurkan kelapa parut tadi dan sedikit garam
lepas itu renjiskan air dan gaul kemudian gorenglah sagun ini hingga masak dan masukan daun pandan. yg di carik carik tadi.Teruskan goreng hinggalah rasa sebati lemak,manis dan ragup

Hidanglah pada waktu petang,pasti ada yg minat.

Untuk resepi seterusnya kita akan masok dapor dengan 1 jenis masakan iaitu masak paru pedas dengan sejenis makanan pembuka selera iaitu budu bersama ikan kembung bakar.

Khamis, 12 Mac 2009

EMPING

Emping adalah satu makanan kudap kudapan yang di buat dari padi yg masih muda,padi yang di gunakan untuk membuat emping ialah muda,padi pulut.Padi yg dicadangkan utk membuat emping selalunya di tanam lewat sikit kerana pesta mengemping akan di adakan pada sebagai acara khas sebagai penutup musim menanam padi,biasanya lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih hijau iaitu sesuai dijadikan emping.

Padi yg dituai untuk dibuat emping ini akan di leraikan (erek),kemudian akan di rendam semalaman.Di tuskan lepas itu barulah di goreng dan akhir sekali di tumbuk mengunakan lesung kayu.Sekarang mari kita mengemping dan meyediakan untuk santapan sambil berbual bual dengan teman teman pada waktu petang dan di minum dengan air kopi



Makan untuk 5 orang
Bahan bahanya
  • 2 cawan padi yg masih muda (masih hijau dan isinya lembut)
  • sedikit garam halus
  • 1 cawan kelapa muda (di kukur lebih cantik)
  • 3 sudu gula merah

Cara caranya
1 Sanggai (Padi yg di remdam tadi di toskan airnya,goreng tanpa minyak sehingga kekuningan)
2 Tumbuk padi ketika masih panas,sehingga semuanya padi menjadi leper.
3 Keluarkan dari dalam lesung,dan tampi untuk mengasingkan antara emping dan kulitnya.
4 Sekarang emping siap utk di hidang.Emping di gaul dengan sedikit garam,gula merah dan akhir sekali masukan kelapa kukur tadi.(Sangat sedap jika di makan dengan madu lembah)

Info : Untuk membuat emping adalah gunakan lesung kaki.Kalau di kampung acara mengemping ini adalah acara mencari jodoh, tapi hari ini acara mengemping ini sudah mula di lupakan oleh orang. Insyaalah PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) akan menghidupkan kembali acara warisan ini.

Rabu, 11 Mac 2009

MEE BANDUNG MUAR

Mee bandung Muar sangat terkenal di Daerah Muar Johor khususnya dan sangat popular di Negeri Johor.Oleh kerana ke enakan rasanya maka mee bandung muar telah berada di mana mana gerai atau restoran di Malaysia. Ke sedapan mee bandung Muar ini ialah pada rencahnya.

Sekarang ini telah ada rencah "segera"untuk membuat mee bandung muar telah di peketkan serta di hantar keluar negara dengan kegunaanya dalam jangka masa yang di tetapkan.Jadi tidaklah sukar jika anda ingin menikmati mee bandung muar.Sekarang mari masuk dapor untuk memasak dengan rencahnya yang asli

Bahan bahanya

1 kg mee kuning
9 tangkai lada kering di giling
3 ulas bawang putih di ketuk sahaja
5 ulas bawang merah
200 grm udang kering,direbus dengan 11/2 cawan air
300 grm daging di potong nipis dan di rebus dapat 4 cawan air rebusan
sawi ikut suka,potong 1 inci
Sedikit kobis,ikut rasa dan potong
1/2 cawan gula pasir
1 sudu sos tiram
fish ball
Sotong
Telur ayam mengikut bilangan jumlah hidangan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya

Cili kering yg di kisar tadi,udang kering ,bawang putih,bawang merah dan tumislah bahan tadi jangan sampai terlalu garing.Masukan sos tiram,kemudian air rebusan daging dan dagingnya, fish ball dan sotong.
Akhir sekali masukan sawi,kobis,sesuaikan rasanya.

Untuk menghidang

Hidangkan mee bandung muar ini dengan sepinggan sepinggan,mee kuning di letak di dalam pinggan, letakan telur rebus (jangan di rebus keras), taburkan daun sup,daun bawang dan tuangkan kuah yang tengah panas.

Nikmatilah rasanya.
Untuk esok kita masuk dapor dengan makanan yg sangat rengkas dan sedap rasa iaitu "emping" dengan kelapa muda

Khamis, 5 Mac 2009

LAKSAM

Foto : Laksam yang siap untuk di makan,marilah cuba sedap....
Foto :Pemandangan di dalam pasar Siti Khadijah,Kota Bharu Kelantan.Semua jenis makanan boleh di dapati di sini.

Laksam adalah makanan yang datang dari negeri Kelantan.Kalau kita berkunjung ke Kelantan jangan lupa naik tingkat satu di pasar Siti Khadijah dan cari laksam,hampir semua gerai meyediakan laksam.Memang sedap,kalau boleh mari kita masok dapor untuk masak laksam . Jom…

Laksam
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• 2 cwn tpg beras
• 1/3 cwn tpg gandum
• 4 cwn air masak suam
bahan kuah:
• Ikankembung (direbus,dibuang tulang)
• 1 inci halia
• 3 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang besar
• 1 sudu makan lada hitam
• 5 cawan Santan
• 3 keping asam gelugor
• Garam secukup rasa
• 1 sudu gula merah
Bahan ulam
• 1 biji timun,5 urat kacang panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
• Cili besar di potong
Untuk Sambal:
• cili merah
• belacan
• garam
• limau

Cara-cara

1. Tepung beras,tepung gandum dan air digaul .Biarkan sebentar.
2. Sediakan tudung periuk dan sapukan dengan minyak.Ambil satu senduk adunan bancuhan tepung dan letakan diatas tudung periuk
3. Kukus sampai masak.,bila sudah masak, keluarkan. biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. .Ulang buat sehingga habis adunan tersebut
Cara membuat kuah
1 Kisar isi ikan hingga lumat,
2 Halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
3 Kemudian bahan yang di kisar tadi beserta santan masukan ke dalam periuk dan masukan isi ikan yang di kisar tadi,kemudian masaklah hingga pekat

Untuk sambalnya

Tumbuk cili merah dgn belacan,tambah garam dan perahkan limau
Untuk menghidang : Letakan laksan yang telah dipotong .Manakala timun,kacang panjang di potong dan letakan taugeh di atas laksam sedikit sambal,kemudian baru di curahkan kuahnya
Nikmatilah rasanya

Masok dapor yang berikutnya kita akan masak Mee Bandung Muar dari Johor.Saya harap anak anak saya yang sedang belajar di Jakarta Indonesia akan terus mencuba resepi yang di hidangkan ini.Iaitu Ummu Solehah,Ummu Sakinah,Dewi Kartini serta anaknda Norami yang berada di Maran tu...

Rabu, 4 Mac 2009

AYAM GORENG BEREMPAH

Hari ini menu Ayam Goreng Berempah dengan Nasi Lemak Kukus sangat banyak terdapat jual di gerai gerai terutama pada waktu petang di tepi jalan jalan atau restoran juga ada.Sungguh meyelerakan kalau ayam itu di goreng di situ juga.Tentu ramai yang mahu mencuba dan membelinya, kalau resepinya boleh menangkap selera orang.. Maka gerai tersebut akan terus di kunjungi orang,mari kita masuk dapor dan buat resepi ini untuk keluarga.
Bahanya

1 ekor ayam sekitar 2 kilo
5 ulas bawang putih di cincang
1 labu bawang besar di cincang
1 camb halia di tumbuk halus
1 biji limau nipis diambil airnya
1 inci kunyit di tumbuk lumat
7 batang lada merah di tumbuk lumat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Caranya
1 Ayam di potong ikut rasa dan di basuh bersih bersih serta di buang lemaknya.
2 Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar,kemudian masukan ayam dan gorengya hingga kekuningan
3 Masukan halia,garam dan tutup serta kecilkan api biarkan selama setengah jam
4 Perahan limau tadi di masukan kedalam air yang 1/2 cawan tadi dan tuang dalam kedalam kuali yang ada ayam tadi
5 Masukan kunyit yang tumbuk tadi serta lada,biarkan ayam itu masak.
Angkat dan hidang

Untuk esok kita masok dapor dengan masak laksa dari negeri Kelantan.

Rabu, 25 Februari 2009

ROTI CANAI & KUAH DAL


Roti Canai

Roti canai adalah sejenis makanan yg sudah sebati dengan selera orang Malaysia,tidak kiralah apa bangsa pun samada India,melayu atau china .Saya makan roti canai ini pada setiap pagi dan petang termasuk kesemua anak anak saya.Selalunya roti canai ini di cicah dengan kuah dal atau kuah kari kambing ada juga orang makan cicah dengan susu atau gula.Itu pun sedap juga.
Setiap kali saya ke gerai atau restoran yg meyediakan roti canai, perkara pertama yang akan saya lihat ialah tukang buatnya, kalau mamak rotinya pasti sedap.

Perkataan canai juga diambil dari tempat yang terdapat di India iaitu Chennai,India, Pada zaman dulu,waktu ramai rakyaat India datang ke Malaysia ramai yang berasal dari daerah Chennai. Sebab itulah roti yang di buat oleh orang India ini di panggil “canai”.Sekarang roti canai ini sangat popular. Produk roti canai ini sudah ada yang segera Banyak terdapat di pasaraya,malah roti pratha pun sama juga dengan roti canai.


Bahan-bahan
  • ½ Kilo tepung gandum
  • 1 camca garam
  • 1 camca gula halus
  • 2 biji telur, dipukul hingga kembang sikit
  • 2 sudu besar susu segar
  • ½ cawan air
  • 4camb minyak
  • 4 camb minyak sapi

Penyediaan
Gaulkan dan uli tepung dengan telur, susu dan tuang air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 15 min hingga licin dan lembut. Bahagikan 8 bebola. Sebesar telur ayam. Asingkan dan lumurkan dengan minyak sapi Tutup dengan tuala lembab, biar 6 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh. Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Catitan
  • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dipotong.
  • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
  • Kuah Dal
  • Selama dua hari saya belajar membuat kuah dal menolong mamak memasak.Kayu buat ikut resepi yang asal mungkin rasanya tidak sesedap resepi yang telah saya ubahsuai apabial melihat sendiri cara mereka memasak.
Kuah Dal
  • 100g kacang dal
  • 4 cawan air.
  • 1/4 sudu makan kunyit
  • 1 biji bawang besar -dipotong potong
  • 1 biji carrot
  • 1 biji terung hijau bulat - dipotong potong
  • 1 biji tomato- dipotong baji
  • 2 cili besar hijau - dipotong
  • ½ cawan santan atau susu lembu
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit perahan asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 bj. lada kering (dipotong potong)
  • 3 bj bawang merah - dipotong halus
  • 3 bj bawang putih - dipotong halus.

Cara-cara:

1.Kacang dal di rebus dengan 4 cawan air ,masukan kunyit,masaklah hingga ianya mendidih dan lembut.Kemudian masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.

2. Masukkan santan atau susu lembu serta garam. Tambah air asam jawa. Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api dan masukan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.

Selasa, 24 Februari 2009

Mi Udang

Saya sudah lama tidak masok dapor,bukan apa saya menjelajah dari satu daerah ke satu daerah untuk mencari pengalaman baru dalam hidup ini "kepuasan"dalam istilah lain,biar tidak ada duit tapi hati bahagia,org mencipta bahagia ini dengan berbagai cara dan kaedah,tapi kebahagiaan yang sebenarnya terletak di hati bukan pada wajah yg cantik,duit yg banyak atau harta mengunung,yang pentingnya kebahagiaan itu milik hati dan ianya merupakan harga sebuah kasih sayang . Mahal kasih sayang dan kebahagiaan hati itu tidak boleh di pisahkan ibarat "irama dan lagu"dan terlalu indah untuk di terjemahkan.Duit tidak ada,tidak mengapa asalkan hati bahagia,susah tidak mengapa asalkan hidup bahagia di dalam limpahan kurnia Illahi dan RahmatNya serta dalam kasih sayang Allah.
OK lah dalam kita berbicara pasal bahagia ini kita akan ke dapor sebentar untuk menjengok apa masakan yang baru,hari ini kita akan masak MI UDANG,saya dan keluarga sering makan mi udang ini di salah sebuah kedai China Muslim yang terletak di Kajang,saya menjadi pelanggan tetapnya sudah tujuh tahun,di Restoranya ada meyediakan sarapan pagi nasi lemak kampong,tengahari pula nasi ayam original resepi masakan china,kalau lambat datang tak dapat makan dan mi udang,manakala sebelah petang pula roti bakar dengan kopi O,roti bakarnya sangat sedap dan rangup sebab jemnya buatan sendiri.Semua tukang masaknya adalah di kalangan ahli keluarganya sahaja dan mereka ini adalah china Islam dan yang memasaknya adalah tauke kedai itu sendiri,dalam seminggu itu pasti empat atau lima kali saya akan mengunjugi restoranya.Nama Restoranya "Champion" terletak di Kajang.

MI UDANG
1 kg mi kuning (celur)
1/2 kt udang
9 tangkai cili kering - kisar
1 biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih - kisar
sedikit belacan -kisar
3 sudu sos
2 sudu sos tomato
1/2 sudu gula pasir
Garam secukup rasa

Lain lain bahan
3 btg sawi
50 sen taugeh
Daun bawang
Daun sop
2 keping tahu lembut di goreng dan di potong ikut suka hati
7 biji cili merah
5 biji cili kering
limau kasturi
Bawang goreng

Meyediakanya
1. Rebus udang,toskan airnya
2. Kepala udang di kopek dan di kisar,gunakan air rebusan tadi dan masukan kepala udang yg telah di kisar tadi
3. Tumiskan bahan yg di kisar tadi ,apabila telah naik baunya masukan air rebusan udang tadi dan perlahankan api
4. Masukan sos cili,sos tomato,garam dan gula
5. Akhir sekali masukan mi,taugeh,hirisan tahu,sawi,daun sup serta daun bawang kedalam mangkuk dan hiaslah dengan 2 atau 3 ekor udang serta telur rebus dan tuangkan kuah rebusan udang kedalam mangkuk tersebut dan letakan belahan limau kasturi.
Untuk hari esok kita masok dapor dengan membuat "roti chanai" kuah dal,India mari...gandinganya teh tarik susu lembu kurang manis.

Khamis, 19 Februari 2009

Nasi Lemak, dan Sambal Petai

Nasi Lemak
1 1/2 Cawan beras (Basuh bersih bersih)
3 Cawan santan
1 Helai daun pandan (di simpul)
Garam secukup rasa
Setengah gemgam beras pulut
1 Ulas bawang kecil di hiris

Cara Membuat Nasi lemak
Bersihkan beras dan campur dengan beras pulut,rendam 10 mint,kemudian masukan santan,garam,hirisan bawang dan daun pandan.Biarkan nasi mendidih dan perlahan apinya sehingga nasi kering dan kacau supaya santanya rata dan perlahan api dan tunggu 10 minit sebelum membuka tutup periuk untuk di hidang.

Sambal Tumis Petai
1 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih di tumbuk
1 cawan santan cair
lada kering di kisar
Sedikit belacan
1/2 in lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
2 camca minyak masak
2 papan petai yg sudah tua

Bahan Menghias
2 biji telur rebus ( di rebus dan belah 4)
2 cam besar ikan bilis
1/4 timun

Caranya
Pijarkan minyak dan goreng ikan bilis hingga sedikit garing,angkat dan saringkan minyaknya, tumiskan bawang putih dan masukan lada kering yang di kisar tadi,kemudian masukan lengkuas,buah pala dan masukan santan kacau dan perlahan api.Kemudian masukan belacan,garam,gula melaka,air asam jawa dan masukan ikan bilis goreng dan petai akhir sekali masukan bawang besar. Dan masaklah hingga naik minyak,angkat dan hidanglah bersama dengan nasi lemak

Untuk tambahan
Telur rebus,hirisan timun dan kacang tanah goreng.






Jumaat, 6 Februari 2009

Masak Lemak Umbut

Umbut adalah sejenis sayur yang terdapat di dalam batang pokok bayan,pokok kelapa,pokok kelapa sawit dan juga pokok pisang.Umbut ini selalunya di buat sayur untuk majlis kenduri kendara di kampung kampung terutamanya,malah jika teringin nak makan sayur umbut selalunya di pekan sehari ada di jual umbut umbut ini .Umbut ini mempunyai rasa yang berlainan .Kalau umbut bayan pokoknya terdapat di dalam hutan dan untuk mengambilnya agak sukar ,maka tuan rumah akan mengupah orang untuk menebang pokok bayan untuk mengambil umbut tersebut.Manakala umbut pokok kepada sawit dan umbut pokok kelapa jika di buat sayur rasanya lebih kurang sama saja.OKlah marilah kita masuk dapor untuk memasak "Masak Lemak Umbut"

Masak Lemak Umbut.
Bahan Bahanya
1 mangkuk umbut di hiris dan rendam dgn air
Bawang kecil di hiris
Sedikit Ikan bilis
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Daun kunyit
Lada merah di hiris

Umbut dan santan cair,ikan bilis,hirisan bawang di masukan kedalam periuk dan jerang diatas dapor,kacau sehingga mengelegak.Masukan santan pekat,garam,daun kunyit & hirisan lada merah dan kacau lagi sehinggalah masak dan sedia untuk di hidang.

Mengoreng Ikan Kerisi
Mengoreng ikan memanglah senang dan mudah,begitu juga meyiangnya.Sebenarnya setiap anak perempuan remaja harus pandai meyiang ikan,jangan insang tidak buang,ekor tidak potong dan kalau mahu di goreng ikan perlu di kelar dan kalau darat seperti haruan siripnya dan sisiknya mesti di buang.Ikan kerisi ini mempunyai sisik yang tebal dan tulang sangat keras,untuk mengoreng ikan ini mestilah di kelar dulu.

Ikan kerisi Goreng
Bahanya
2 ekor ikan kerisi yg sedang -Siang dan kelar
3 ulas bawang putih
Garam
Kunyit kampung

Caranya
Bawang putih,garam dan kunyit kampung di tumbuk lumat dan gaul serta perap selama 15 minit dan goreng.Ok sedap rasanya ikan kerisi goreng ini.

Sambal Tempoyak

15 biji lada kampung
Garam
2 sudu tempoyak

Caranya
Lada dan garam ditumbuk (Jangan sampai lumat)
Masukan tempoyak dan gaul

Esok resepi mari masuk dapor Sambal Tumis Petai,Nasi Lemak dan goreng tempe.

Rabu, 4 Februari 2009

Masak Lemak Cili Api

Hari ini mari kita masuk dapor dengan meyediakan satu menu yang sangat femus di Negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Api. Saya pun pandai masak lemak cili api ni pun belajar dari mak mertua, mak ini adalah waris yang pandai memasakan masakan tradisional negeri sembilan dan melaka dan masakan yang di masak oleh mak semuanya sedap sedap dan kalau makan akan teringat sampai bila bila.

Mak pandai masak kuih wajik yang tidak basi atau berkulat sampai berbulan bulan dan bermacam macam lagi, insyallah saya akan bawa masakan mak dalam mari masok dapor.OK lah kali ini kita sama sama masak lemak cili api;

Bahan Bahannya:
  • 1 ekor ayam di potong 18 atau 20
  • 15 biji cili api
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 inci kunyit kampung
  • 3 ulas bawang kecil
  • 3 batang serai di titik hujungnya
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa
Caranya:
  1. Ayam di basuh bersih bersih dan buang lemaknya, cili api, kunyit dan bawang kecil di tumbuk lumat.
  2. Gaulkan ayam dan bahan yang di tumbuk lumat tadi dan jerang diatas dapor dengan api yang sederhana dan biarkan sampai air ayam itu kering sedikit serta naik baunya.
  3. Dan masukan santan cair dan masaklah hingga mengelegak kemudian masukan serai, garam dan kerisik.
  4. Biar mengelegak lagi kemudian baru dimasukan santan pekat dan kacau selalu jangan sampai santanya berketul ketul dan biarkan mereneh diatas dapur sehingga kuahnya pekat sedikit.
Info dari mak

Untuk lebih berselera makan nasi maka mak akan sediakan jeruk buah binjai dengan sambal garam lada campur ikan bilis. Waah mesti makan nasi akan bertambah tambah dan jangan lupa ulam pegaga dan minunanya dengan teh o kosong, calang sahaja (jangan di isi gula), mesti berpeluh lepas makan.

Dan esok kita akan masuk dapor dengan resepi yang sangat mudah untuk di masak iaitu masak lemak umbut, goreng ikan kerisi dan sambal tempoyak

Isnin, 2 Februari 2009

Kerabu Nangka

Assalamualikum,hari ini mari kita masuk dapor cuba resepi yang namanya Kerabu Nangka

Kerabu Nangka

Bahan bahanya
Beberapa hiris nangka muda (bijinya masih putih)direbus hingga lembut dan di potong potong.
1 ekor ikan kembong yang masih segar
direbus dan diambil isinya serta ditumbuk lumat.
1 biji kelapa di parut
,
Sedikit kelapa di parut dan di buat kerisik
3btg serai(di hiris halus )
1 inci lengkuas (di hiris)

3 ulas bawang merah(dihiris)

Sedikit air limau nipis

Sedikit garam & gula

Cara caranya

Serai,lengkuas,bawang merah yg di hiris tadi ditumbuk lumat,campurkan semua bahan yg ditumbuk tadi dengan kerisek kedalam bekas,kemudian masukan santan dan gaul hingga sebati.Nangka yang telah dipotong tadi di campurkan kedalam kedalam bahan bahan digaul tadi dan masukan garam,gula sesedap rasa dan gaul sehinggalah mesra.


Sambal Kelapa (Nyiur)

Lada kecil 9 ulas , sedikit garam dan 3 sudu besar kelapa parut dan perahan air limau

Cara caranya
Masukan lada dan garam tumbuk hingga lumat dan
akhir sekali
masukan kelapa parut dan tumbuk jangan terlalu lumat.Setelah itu angkat dan masukan kedalam piring dan masukan air perahan limau.

Dan esok saya akan hidangkan anda dengan masakan datang dari Negeri Sembilan,iaitu resepi dari ibu mentua saya "masak lemak cili api' sedap mari esok kita masok dapor

Jumaat, 30 Januari 2009

IKAN KERING GULAI LEMAK NENAS

tq buat anaknda Solehah kerana meyediakan satu wadah periuk untuk mak memasak pada setiap hari di dalam belangga, tq Cantik desingnya, semanis orangnya.

IKAN KERING GULAI LEMAK NENAS

Bahan2nya:

  • 5 ekor ikan sepat masin
  • 2 liter santan
  • 15 biji cili api di tumbuk lumat
  • 3 ulas bawang merah di tumbuk lumat
  • 2btg serai di titik sahaja hujungnya
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 biji tomato (tomat) di belah empat
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit -lagi sedap jika mengunakan kunyit kampung
  • 2 helai daun kunyit
  • 1biji nenas jangan terlalu masak
  • Garam secukup rasa

Caranya:

  1. Masukan santan, cili api dan bawang yang ditumbuk lumat tadi bersama dengan serai serta serbuk kunyit, ikan masin.
  2. Bila sudah mengelegak masukan nenas yang telah di potong ikut cita rasa dan sederhanakan apinya dan masukan asam keping serta garam.
  3. Apabila telah masak masukan tomata yang di belah tadi dan biarkan seketika dan angkat.
  4. Siap untuk di hidang

SAMBAL BELACAN

Bahan2nya:

  • 1/2 inci belacan
  • 1 biji cili besar ( cili merah)
  • 7/9 biji cili api
  • 1 biji bawang merah
  • Air asam jawa atau perahan limau nipis,sedikit garam dan sedikit gula
  • 1 Cili api, bawang merah, garam dan cili merah di tumbuk lumat, kemudian masukan belacan dan gula dan ditumbuk lagi sehingga sebati
  • 2 Masukan air asam atau perahan limau

Petua orang tua tua

Kalau mahu membuat sambal atau mengulai ikan, ayam atau daging jika mengunakan cili api, bawang merah, serai maka bilanganya hendaklah ganjil supaya rasanya sedap. Ini petua..!

Esok saya akan beri satu resepi yang enak dan murah serta mudah untuk di masak iatu kerabu nangka dan sambal kelapa.

Bubur As Syura

Bahan bahanya (Sukatanya ikut ramainya orang):

A
Tepung beras
Kelapa ambil santanya

B
Gula Pasir
Gula Merah
Sagu

C
Kacang hijau
Kacang tanah di rebus
Kacang kuda

D
Ubi Keledek
Pisang awak
Jagung Krim
Sedikit Garam

Caranya:
  • Masukan bahan A, (api jangan terlalu kuat,nanti berkerak)
  • kacau hingga larut dan masukan kedalam kuali/kawah (kalau mahu buat banyak)
  • dan masukan pula bahan B kacau lagi sampai pekat
  • dan selepas itu masukan pula bahanC
  • kacau lagi lagi sehingga sebati dan akhir sekali masukan bahan D
  • dan kacau ramai ramai selama 2 jam
Untuk esok kita akan akan masuk dapor dgn resepi yg enak lagi lazat iatu masak lemak ikan kering dgn nenas dan sambal belacan.

Daging Bakar Cicah Air Asam Kemboja

Bahan Bahanya:
  • Daging ambil bahagian pehanya ikut bilangan orang
  • Digaulkan dengan garam,halia,kicap manis dan lada putih serta sedikit lada hitam
  • di perap selama 15 minit sebelum di bakar
Cara membuat air asam:
  • Asam jawa diramas untuk mendapatkan patinya
  • Lada api di hiris kecil
  • Sedikit garam
  • Dan air masak
  • 2 ulas bawang kecil di hiris
  • Dicampurkan semunya dalam satu mangkuk dan gaulkan biar sebati
Pembakar daging di Kemboja

Saya pun inilah kali pertama melihatnya alat pembakar di kemboja
Lubang di gali sedalam 1kaki setengah dan luasnya 1 kaki setengah juga
Kayu api yang kecil,dimasukan kedalamya bersama dengan sedikit arang dan biarkan api bara

Dan ambil dawai mata punai yang bersaiz besar sedikit dan di letakan diatas lubang itu dan untuk mengukuhkan lubang itu di pacaknya besi pada setiap sudut dan daging yang di perap tadi diletakan diatas dawai dan mengikut kata Ustaz Zainal,air daging yang menitis diatas api itu adalah lemak daging dan asapnya yang naik keatas daging yang dibakar tadi akan rasa enaknya kerana berbau daging juga.

Mari cuba...!
Solehah,Sakinah & Dewi. Rajin kedapor tau!!!
Dan esok kita akan masak Assyura pula...

Ubi kayu kukus

Ubi kayu kukus ini adalah satu makanan yang sering di buat oleh orang di kampung kampung, terutamanya sebagai hidangan di waktu petang. Rasanya sedap juga dan kalau dimakan bersama air kopi lagi sedap.

Dan ramai anak anak remaja sekarang tidak tahu membuatnya dan mungkin ada yang tidak pernah jumpa lagi kerana emak emak nya sudah lupa nak membuatnya. Dan kuih ini pun sudah jarang jual di gerai gerai.

Tapi saya boleh buat sikit sikit kerana zaman saya dulu emak selalu suruh buat kuih ini,kerana inilah kuih yang paling murah untuk membuatnya dan paling senang. Mari kita cuba!!!!

Bahan Bahan:
  • 1 ketul ubi kayu (Kalau diparut boleh dapat 1 cawan)-Parut
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan kelapa parut ambil putihnya sahaja (untuk di masukan dlm adunan)
  • 3 camca besar kelapa untuk di buat salutnya
  • Sedikit air daun pandan
  • Garam sedikit
Cara Membuatnya:
  1. Parut ubi halus halus dan perah airnya
  2. Campurkan ubi yang telah diperah airnya dengan kelapa parut tadi,gula,garam (sedikit sahaja)
  3. air perahanya 1camca teh kemudian masukan air daun pandan dan di gaul rata rata
  4. Kemudian masukan kedalam dulang lalu di kukus selama 25 minit.
Setelah masak dan potong dan salutkan dengan kelapa muda.
Hidanglah dan rasalah nikmatnya, memang sedap...!

OK esok kita masak Daging Bakar Cicah Air Asam dari Kemboja pula.

LEMPENG NYIUR

Untuk makan 3 orang

Bahan bahanya:
  • Sebelah kelapa di parut dan ambil yang putih saja (kelapa jangan yg terlalu tua)
  • ¼ kilo tepung gandum
  • ½ sudu the garam di masukkan kedalam 1 cawan air masak sejuk
  • Sedikit minyak masak
Cara membuatnya:
  1. Tepung,kelapa dan air di gaul sehingga sebati (adaunan jangan keras iaitu lembut saja)
  2. Perapkan dalam setengah jam
  3. Panaskan kuali dan curahkan sedikit minyak seperti untuk mengoreng roti canai dan ambil sesenduk kecil andunan tadi lalu di letak didalam kuali yg telah panas dan leyek atau tepuk tepuk dgn belakang senduk tadi,biarkan sehingga warnanya kuning sikit kemudian barulah dibalikan
  4. Dan balik balikanlah dua tiga kali supaya lempeng itu masak didalamnya dan rangup di luarnya.
Bagaimana? cubalah.
Ok untuk esok kita akan masuk dapur dengan ubi kukus.

MI GORENG ACHEH

Bahan bahanya:
  • 1/2 kg mi basah
  • Minyak untuk menumis
  • 7 ulas bawang merah, hiris
  • Ditumbuk jangan terlalu lumat
  • 7 biji cili api
  • 1cm halia
  • 3 ulas bawang putih
Lain lain bahan:
  • 150 grm udang di rebus
  • 150 daging sapi/ayam direbus
  • garam secukup rasa
  • sedikit taugeh
  • sedikit daun bawang
  • sedikit daun sederi
  • 1 biji tomata di hiris dadu
  • 20 ml air
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu kicap masin
Caranya:
  1. Celur mi dgn air panas(sekejap sahaja) dan toskan
  2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang hingga naik baunya dan masukan bahan yg di tumbuk tadi,goreng hingga bahan itu kekuningan
  3. Kemudian masukan rebusan udang,daging,taugeh,daun bawang,saderi dan tomato serta garam,biarkan mendidih (kalau perlu masukan sedikit serbuk perasa)
  4. Dan masukan mi serta kacau sehinnga bahanya bercampur rata.
Selamat Mencuba dan esok lempeng nyiur. sedap dan minum dgn kopi O.

IKAN KELI MASAK DALAM BULOH (Masakan Orang Asli)

Bahan- bahannya:
  • 1 btg buloh (jangan yg terlalu muda atau terlalu tua)
  • Beberapa helai daun lerek atau daun pisang
  • 1 ekor ikan yang sedang (di bersihkan dan di basuh dgn air limau supaya hilang bau hanyirnya dan kelar)
  • 3 atau 5 biji cili api ditumbuk lumat
  • Sedikit kunyit hidup ditumbuk lumat
  • Sedikit garam
  • Sedikit daun kesom di hiris halus
  • Sedikit daun kantan di hiris halus

Mari cuba masak:

Bahan bahan yang dilumat tadi serta yang dihiris halus tadi di gaul dengan ikan keli masuklah garam secukup rasa dan perapkan antara 10 -15 minit supaya di mesra.

Kemudian ikan itu di bungkus dgn daun lerek atau daun pisang dan masukan kedalam buloh dan bakar dengan baham api kayu selama 15 - 25minit.

Sedap dimakan dgn nasi yg panas.